User Manual

22
Bagi menggunakan SSID pengguna untuk mewujudkan
sambungan LAN wayarles dan menayang
Operasi Projektor
1.
Sambungkan penyesuai wayarles ke projektor (halaman 10) dan kemudian
hidupkan projektor.
z Sumber input akan bertukar secara automatik kepada sama ada “Wayarles” (Siri XJ-A) atau
“Rangkaian” (Siri XJ-M) dan tayangan skrin tunggu sedia sambungan LAN akan bermula.
z Jika tayangan skrin tunggu sedia sambungan LAN tidak bermula, tekan kekunci [INPUT]. Pada
kotak dialog “Input” yang muncul, gunakan kekunci [T] dan [S] untuk memilih sama ada
“Wayarles” (Siri XJ-A) atau “Rangkaian” (Siri XJ-M) dan kemudian tekan kekunci [ENTER].
2.
Pilih SSID pengguna yang anda buat dengan prosedur di bawah “Untuk
membuat SSID pengguna” (halaman 19).
3.
Tekan kekunci [ESC] dua kali untuk kembali ke “Seting Rangkaian”.
4.
Gunakan kekunci [T] untuk memilih “Kemas kini Seting Rangkaian” dan
kemudian tekan kekunci [ENTER].
z Ini akan memaparkan kotak dialog pengesahan yang bertanya sama ada anda mahu
mengemas kini seting rangkaian.
5.
Tekan kekunci [S] untuk memilih “Ya”, dan kemudian tekan kekunci [ENTER].
z Ini mengenakan perubahan SSID kepada projektor dan menutup kotak dialog. Tunggu
sehingga skrin tunggu sedia sambungan LAN mula ditayang semula.
Dalam keadaan ini: Lakukan operasi ini:
SSID projektor tidak berubah selepas anda
melakukan operasi di bawah “Untuk membuat SSID
pengguna” (halaman 19).
Pergi terus ke langkah 6.
SSID projektor diubah kepada yang lain selepas anda
melakukan operasi di bawah “Untuk membuat SSID
pengguna” (halaman 19).
Tekan kekunci [MENU] dan kemudian pilih yang
berikut: “Seting Rangkaian” 3 “Seting LAN
Wayarles Projektor” 3 “SSID”. Pada kotak dialog
yang muncul, pilih SSID pengguna.