User Manual

24
9.
Apabila semuanya seperti yang anda mahukan, klik [OK].
z Ini memaparkan kotak dialog yang ditunjukkan di bawah.
10.
Dalam kotak “Login Code”, masukkan nombor empat digit yang ditunjukkan di
sudut kiri atas skrin tunggu sedia sambungan LAN yang sedang ditayang.
11.
Apabila semuanya seperti yang anda mahukan, klik [OK].
z Ketika projektor bersambung ke komputer melalui LAN wayarles, tetingkap Network
Connection seperti yang ditunjukkan di bawah akan dipaparkan pada skrin komputer. Imej
skrin komputer (skrin utama) akan ditayang.
z Untuk butiran tentang operasi tetingkap Network Connection, lihat “Menggunakan Network
Connection” (halaman 39).
12.
Bagi memutuskan sambungan LAN wayarles dan tidak meneruskan tayangan
skrin komputer, klik butang tutup ( ) di sudut kanan atas tetingkap Network
Connection.
z Ini menutup tetingkap Network Connection dan mengembalikan imej tayangan ke skrin
tunggu sedia sambungan LAN.
z Selepas anda melakukan operasi di atas, Network Connection akan mengingati frasa laluan
yang digunakan untuk sambungan terakhir. Disebabkan ini, anda tidak perlu lagi memasukkan
frasa laluan semula jika anda menyambung semula komputer yang sama ke projektor (selagi
SSID tidak berubah).
z Dalam keadaan sambungan LAN wayarles menggunakan SSID pengguna, seting boleh
dikonfigurasi agar kod log masuk tidak perlu dimasukkan. Untuk maklumat tentang cara
mengkonfigurasi seting, lihat “Untuk mengkonfigurasikan seting rangkaian halaman Control
Panel” (halaman 59).