User Manual

36
Prosedur Sambungan LAN Berwayar
Menggunakan kabel LAN untuk menyambungkan komputer
secara terus ke projektor
1.
Sambungkan komputer ke projektor dengan kabel LAN.
Operasi Projektor
2.
Tekan kekunci [INPUT]. Ini akan memaparkan kotak dialog “Input”.
3.
Gunakan kekunci [T] dan [S] untuk memilih “Rangkaian” dan kemudian tekan
kekunci [ENTER].
4.
Semak alamat IP (“Server IP”) di sudut kanan bahagian bawah skrin tunggu
sedia sambungan LAN.
z Di sini, kita akan menggunakan alamat IP projektor 192.168.100.10 (seting lalai awal
projektor).
Operasi Komputer
5.
Ubah alamat IP komputer kepada 192.168.100.XXX (XXX ialah nilai dari 1 hingga
9 atau 11 hingga 254).
z Langkah setakat ini adalah untuk mewujudkan sambungan LAN antara projektor dan
komputer. Langkah dari sini ialah untuk menayangkan skrin komputer.
6.
Mulakan Network Connection.
z Tetingkap Network Connection akan muncul dengan mesej “Connecting”.
z Jika komputer anda menjalankan Windows 7, 8 atau 8.1 dan kotak dialog “Tetapkan Lokasi
Rangkaian” muncul, klik [Batal] untuk menutup kotak dialog.
z Kotak dialog “Projector List” akan muncul sebaik sahaja Network Connection menemui
projektor untuk bersambung.
7.
Klik alamat IP projektor yang anda mahu sambungkan, dan kemudian klik [OK].
z Bagi mendapatkan alamat IP projektor, semak “Server IP” di sudut kiri bahagian bawah skrin
tayangan (skrin tunggu sedia sambungan LAN).