User Manual

48
Untuk memaparkan maklumat LAN wayarles
1.
Tekan kekunci [MENU] untuk memaparkan menu persediaan.
2.
Gunakan kekunci [T] untuk memilih “Seting Rangkaian” dan kemudian tekan
kekunci [ENTER].
3.
Gunakan kekunci [T] untuk memilih “Info LAN wayarles” dan kemudian tekan
kekunci [ENTER].
z Ini memaparkan kotak dialog “Info LAN wayarles”. Jadual di bawah menerangkan maklumat
yang muncul pada kotak dialog.
4.
Untuk menutup kotak dialog dan keluar daripada menu persediaan, tekan
kekunci [MENU].
Nama Item Penerangan
SSID Menunjukkan SSID semasa projektor (yang digunakan untuk sambungan LAN
wayarles dengan peranti luaran).
Alamat MAC Wayarles Alamat MAC LAN wayarles yang tetap diperuntukkan kepada setiap penyesuai
wayarles.
Alamat IP Alamat IP yang diperuntukkan kepada projektor.
DHCP Menunjukkan status pelayan DHCP semasa projektor (“Auto” atau
“Nyahdayakan”).
Seting Keselamatan Menunjukkan sistem penyulitan yang digunakan oleh SSID semasa projektor.
Untuk maklumat tentang sistem penyulitan ini, lihat langkah 7 di bawah “Untuk
membuat SSID pengguna” (halaman 19).
SSID AP Luaran Muncul apabila “Enable” ditentukan untuk “External Access Point” pada halaman
“Network Settings” (halaman 30). Apabila projektor bersambung dengan titik
capaian LAN wayarles luaran, SSID titik capaian itu ditunjukkan. Apabila tidak
bersambung, “Tiada sambungan” ditunjukkan.
Status Sambungan AP
Luaran
Muncul apabila “Enable” ditentukan untuk “External Access Point” pada halaman
“Network Settings” (halaman 30). Apabila projektor bersambung dengan titik
capaian LAN wayarles luaran, “Bersambung” ditunjukkan. Apabila tidak
bersambung, “Terputus” ditunjukkan.