User Manual

75
Menggunakan C-Assist untuk Menayang dari Peranti Pintar
Memasang C-Assist pada peranti pintar Android atau iOS membolehkan imej peranti pintar
ditayangkan dari projektor. C-Assist juga membolehkan peranti pintar digunakan untuk mengawal
komputer yang bersambung dengan projektor. Syarat-syarat berikut diperlukan untuk melakukan
operasi ini.
z Pada projektor, lakukan operasi yang diperlukan untuk menukar SSID projektor kepada SSID
generik (casiolpj0101, casiolpj0102, casiolpj0103, casiolpj0104) atau SSID pengguna. Untuk
maklumat lanjut, lihat “Untuk menukar SSID” (halaman 49).
z Pada peranti pintar, mulakan C-Assist dan gunakan C-Assist untuk log masuk ke projektor.
* Untuk mendapatkan gambaran keseluruhan fungsi C-Assist dan maklumat tentang cara
mendapatkannya, layari laman sokongan projektor CASIO (http://www.casio-intl.com/support/).
Menggunakan MobiShow untuk Menayang dari Peranti Pintar
MobiShow ialah perisian klien yang dibangunkan oleh Awind untuk tayangan wayarles. Jika
MobiShow pasangkan pada peranti pintar Android, atau iOS, sambungan LAN wayarles boleh
diwujudkan dengan projektor untuk penayangan imej peranti pintar dari projektor. Syarat-syarat di
bawah diperlukan untuk berbuat demikian.
z Anda perlu mendapatkan versi MobiShow yang serasi dengan peranti pintar anda dan
pasangkannya pada peranti pintar itu.
Sebelum memasang MobiShow, layari laman sokongan projektor CASIO
(http://www.casio-intl.com/support/) dan semak maklumat di sana tentang sistem pengendalian
peranti pintar dan versi MobiShow yang serasi dengan sambungan projektor.
Anda boleh mendapatkan salinan MobiShow dari mana-mana laman yang mempunyai aplikasi
untuk peranti pintar anda (Google Play, iTunes, App Store, dsb.)
z Pada projektor, lakukan operasi yang diperlukan untuk menukar SSID projektor kepada SSID
generik (casiolpj0101, casiolpj0102, casiolpj0103, casiolpj0104) atau SSID pengguna. Untuk
maklumat lanjut, lihat “Untuk menukar SSID” (halaman 49).
z Pada peranti pintar, mulakan MobiShow dan gunakan MobiShow untuk log masuk ke projektor.
z MobiShow menyokong main semula fail JPEG dan fail PtG2 (fail PowerPoint yang ditukarkan)
yang disimpan di peranti pintar. Bagi mendapatkan maklumat tentang cara menukarkan fail
PowerPoint menjadi fail PtG2, layari laman web CASIO (http://www.casio-intl.com/support/).