User manual - A257_M256_Network (Malay (macrolanguage))
59
Untuk mengkonfigurasikan seting rangkaian halaman Control 
Panel
z Seting rangkaian pada halaman “Control Panel” terbahagi antara dua kumpulan.
Apabila melakukan prosedur di bawah, anda perlu mengkonfigurasikan seting hanya dalam 
kumpulan tunggal dan kemudian mengenakannya dengan mengklik butang Guna yang 
berkenaan ([Apply1] untuk Kumpulan 1 atau [Apply2] untuk Kumpulan 2). Sebarang perubahan 
yang anda buat dalam kumpulan yang tidak sepadan dengan butang Guna yang anda klik 
tidak akan dikenakan.
1.
Merujuk kepada “Melog Masuk ke Halaman Pentadbir Projektor melalui 
Sambungan LAN Wayarles” (halaman 53), log masuk ke halaman Pentadbir 
Projektor.
2.
Dalam anak tetingkap kiri, klik “Control Panel”.
3.
Pada halaman “Control Panel” yang muncul, konfigurasikan seting yang 
diterangkan dalam jadual di bawah.
* Penggunaan kuasa tunggu sedia projektor bergantung pada sama ada Remote On didayakan. 
Untuk maklumat mengenai penggunaan kuasa dalam setiap keadaan tunggu sedia, lihat 
“Panduan Penyediaan” yang disertakan bersama projektor.
4.
Tunjukkan perubahan yang anda lakukan pada halaman “Control Panel” pada 
projektor.
z Setelah anda menekan [Apply1] atau [Apply2], satu kotak dialog akan muncul memberitahu 
anda bahawa anda perlu memulakan semula projektor untuk mengaktifkan seting itu.
Kumpulan 1 : Projector Name, Login Code
Kumpulan 2 : Show User Name, IEEE 802.11n (Wi-Fi), Channel Width
Untuk melakukan ini: Lakukan operasi ini:
Tukar nama projektor Dalam kotak “Projector Name” , masukkan sehingga 16 
aksara bait tunggal (tiada simbol) untuk nama projektor.
Nyatakan sama ada kod log masuk perlu 
dimasukkan apabila mewujudkan sambungan 
LAN wayarles.
Dalam kawasan “Login Code”, klik “Enable” (minta kod 
log masuk dimasukkan) atau “Disable” (jangan minta 
kod log masuk dimasukkan).
Nyatakan sama ada perlu ditunjukkan atau 
disembunyikan nama pengguna komputer yang 
sedang membuat tayangan pada projektor 
melalui LAN.
Dalam kawasan “Show User Name”, klik sama ada 
“ON” (tunjukkan) atau “Off” (sembunyikan).
Tentukan sama ada kuasa projektor boleh 
dihidupkan melalui LAN semasa projektor sedang 
tunggu sedia (Siri XJ-M sahaja)
Dalam kawasan “Remote On*”, klik “Enable” (dayakan 
kuasa hidup) atau “Disable”.
Dayakan atau nyahdayakan pengesahan 
sambungan PJLink (Siri XJ-M sahaja)
Dalam kawasan “PJLink Authentication”, klik “Enable” 
atau “Disable”.
Dayakan atau nyahdayakan standard LAN 
wayarles IEEE802.11n
Dalam kawasan “IEEE 802.11n (Wi-Fi)”, klik sama ada 
“Enable” atau “Disable”.
Nyatakan sama ada lebar saluran LAN wayarles 
perlu disetkan secara automatik atau ditetapkan 
(20MHz)
Dalam kawasan “Channel Width”, klik “20MHz” atau 
“Auto”.
Untuk menunjukkan seting item ini: Klik butang ini:
Projector Name, Login Code [Apply1]
Show User Name, IEEE 802.11n (Wi-Fi), Channel Width [Apply2]










