User manual - M256_Setup (Malay (macrolanguage))
MS-12
Panduan Cepat
Bahagian ini menerangkan aliran operasi sehinggalah tayangan bermula.
Untuk lebih banyak operasi individu, lihat “Panduan Pengguna” (UsersGuide.pdf).
1. Masukkan bateri ke dalam alat kawalan jauh.
☞ “Untuk memuatkan bateri alat kawalan jauh” (Panduan Pengguna)
2. Tempatkan projektor di atas meja, atau tempat letak yang rata dan tegap, dan 
pastikan terdapat ruang yang mencukupi di sekelilingnya.
☞ “Menyediakan Projektor”, “Langkah Berjaga-Jaga Persediaan” (Panduan Pengguna)
z Pastikan juga anda membaca “Langkah-Langkah Keselamatan” (halaman MS-1) dan “Langkah 
Berjaga-Jaga Pengendalian” (halaman MS-7).
3. Laraskan sudut menegak projektor.
1 Angkat bahagian hadapan projektor dan 
tekan butang pelepas. Ini menyebabkan kaki 
hadapan jatuh dari bahagian bawah 
projektor.
2 Sambil menahan butang pelepas, naikkan 
dan turunkan bahagian hadapan projektor. 
Apabila kaki hadapan berada pada ketinggian 
yang anda mahu, lepaskan butang pelepas. 
Kaki hadapan akan terkunci pada kedudukan 
itu.
3 Buat pelarasan kecil pada dongakan 
melintang projektor dengan memutar kaki 
belakang.
4. Gunakan kord kuasa yang dibekalkan untuk memasang projektor pada salur keluar 
kuasa.
5. Sambungkan projektor pada peranti output imej dan hidupkan peranti itu.
☞ “Menyambung Kabel Projektor” (Panduan Pengguna)
6. Buka penutup lensa projektor.
7. Tekan kekunci [P] (Kuasa) untuk menghidupkan projektor.
z Apabila anda menghidupkan projektor buat pertama kali, tetingkap “Bahasa” akan muncul di 
bahagian tengah skrin tayangan. Pilih bahasa yang anda mahu.
8. Gunakan kekunci [INPUT] untuk memilih sumber input.
☞ “Memilih Sumber Input” (Panduan Pengguna)
9. Gunakan gelang zum lensa projektor untuk melaraskan saiz imej yang ditayangkan.
10.
Gunakan gelang fokus untuk melaraskan fokus.
11.
Setelah anda selesai membuat tayangan, tekan kekunci [P] (Kuasa).
z Ini akan menyebabkan mesej pengesahan penutupan kuasa muncul. Tekan kekunci [P] (Kuasa) 
sekali lagi untuk mematikan projektor.
z Produk ini juga direka untuk sistem pengagihan kuasa IT dengan voltan 230 V fasa ke fasa.
3
2 1










