User manual - M256_Setup (Malay (macrolanguage))
Langkah-Langkah Keselamatan
MS-4
● Lokasi yang tidak stabil
Jangan sekali-kali tempatkan projektor di 
atas permukaan tidak stabil atau di rak 
tinggi. Berbuat demikian boleh 
menyebabkannya jatuh, mengakibatkan 
risiko kecederaan diri.
● Menggunakan projektor di atas 
pelantar beroda
Apabila menggunakan projektor di atas pelantar 
beroda, pastikan anda kuncikan roda apabila tidak 
menggerakkan pelantar itu.
● Kilat
Semasa berlaku ribut kilat, jangan sentuh palam 
kord kuasa projektor.
● Alat kawalan jauh
Jangan sekali-kali cuba merungkas atau 
ubah suai alat kawalan jauh dengan apa 
jua cara. Berbuat demikian 
mengakibatkan risiko renjatan elektrik, 
kecederaan terbakar, dan kecederaan diri 
yang lain. Pastikan pemeriksaan 
dalaman, pelarasan, dan pembaikan 
dilakukan oleh pengedar asal anda atau 
pusat servis CASIO yang bertauliah.
Jangan sekali-kali membiarkan alat 
kawalan jauh basah. Air mengakibatkan 
risiko kebakaran dan renjatan elektrik.
● Gelombang radio yang dipancarkan 
oleh penyesuai wayarles (yang 
dibekalkan bersama sesetengah 
model projektor)
Jangan sekali-kali menggunakan produk 
ini di dalam kapal terbang atau 
kemudahan perubatan, atau di sebarang 
lokasi lain di mana penggunaan peranti 
seperti ini adalah dilarang. Gelombang 
radio boleh memberi kesan kepada 
operasi peralatan elektronik dan 
peralatan perubatan, dan mengakibatkan 
kemalangan.
Jangan gunakan produk ini di sekeliling 
kawasan instrumen elektronik ketepatan 
tinggi atau peranti elektronik yang 
mengendalikan isyarat radio yang lemah. 
Gelombang radio boleh memberi kesan 
kepada operasi peralatan seperti ini, dan 
mengakibatkan kemalangan.
• Jika anda menggunakan perentak jantung atau 
sebarang peranti perubatan elektronik lain, 
pastikan anda mendapatkan nasihat doktor anda 
atau pengeluar peranti sebelum menggunakan 
produk ini.
● Kord kuasa
Penyalahgunaan kord kuasa 
mengakibatkan risiko kebakaran dan 
renjatan elektrik. Pastikan anda sentiasa 
mengambil langkah berjaga-jaga seperti 
berikut.
• Apabila mencabut palam kord kuasa, sentiasa 
genggam palam, dan jangan tarik kord kuasa.
• Masukkan palam ke dalam salur keluar kuasa 
sedalam yang boleh.
• Setelah menggunakan projektor, cabut palam 
dari salur keluar kuasa.
• Cabut palam projektor dari salur keluar kuasa jika 
anda tidak berhasrat untuk menggunakannya 
untuk jangka masa yang lama.
• Sekurang-kurangnya sekali setahun, cabut 
palam kuasa dan gunakan kain yang kering atau 
pembersih hampagas untuk membersihkannya 
daripada habuk di kawasan sekitar gigi palam 
kuasa.
• Jangan sekali-kali gunakan detergen untuk 
membersihkan kord kuasa, terutamanya palam 
kuasa dan bicu.
• Sebelum mengalihkan projektor, pastikan ia 
dimatikan dan cabut palamnya dari salur keluar 
kuasa dahulu.
● Sandaran data penting
Pastikan anda menyimpan rekod bertulis 
secara berasingan bagi semua data yang 
tersimpan di dalam memori projektor. 
Data memori boleh hilang disebabkan 
oleh kerosakan, penyelenggaraan, dsb.
● Semasa tayangan, pastikan tiada apa 
di hadapan lensa yang mengadang 
cahaya.
Objek di hadapan lensa mengakibatkan risiko 
kebakaran.
● Kesan lensa
Jangan sekali-kali meletakkan akuarium atau 
sebarang objek lain yang menghasilkan kesan 
lensa di hadapan projektor semasa unit sumber 
cahaya dihidupkan. Objek seperti itu 
mengakibatkan risiko kebakaran.
● Lensa
Jangan sekali-kali menyentuh lensa dengan 
tangan anda.
-
!
+
-
-
Awas
*
-
+










