User manual - M256_Setup (Malay (macrolanguage))

Langkah-Langkah Keselamatan
MS-6
Cermin Mata 3D
Imej 3D tidak seharusnya dilihat oleh
jenis individu yang dinyatakan di bawah.
Berbuat demikian mengakibatkan risiko
kemerosotan kesihatan.
• Individu yang mengidap penyakit jantung
• Individu yang mempunyai sejarah sebagai
penghidap fotodermatosis
• Individu yang mempunyai kecenderungan
mengalami epilepsi
Jangan lihat imej 3D sekiranya anda
mengalami mana-mana simptom yang
dinyatakan di bawah.
• Apabila anda berada dalam keadaan fizikal yang
lemah
• Apabila anda merasa kesihatan anda semakin
merosot
• Sekiranya anda mengalami keletihan,
kemerosotan kesihatan atau perasaan ganjil
semasa menonton imej 3D, berhenti menonton.
Meneruskan tontonan boleh merosakkan
kesihatan anda.
• Sekiranya imej 3D mula kelihatan berganda atau
kehilangan tiga kedimensiannya, berhenti
menonton. Meneruskan tontonan boleh
mengakibatkan keletihan mata.
Berhati-hati dengan orang dan objek
berhampiran.
Melihat imej 3D boleh mengganggu pertimbangan
jarak, jadi anda harus berhati-hati dengan orang
atau objek berhampiran semasa meregangkan
tangan anda atau membuat pergerakan secara
tiba-tiba. Kegagalan berbuat demikian
mengakibatkan risiko kerosakan kebendaan dan
kecederaan diri.
Gunakan cermin mata 3D semasa
melihat imej 3D.
Menonton imej 3D tanpa cermin mata 3D boleh
menyebabkan keletihan mata. Sentiasa gunakan
cermin mata 3D yang ditentukan semasa melihat
imej 3D.
Anda perlu memakai cermin mata
anda atau apa-apa peranti lain yang
anda biasa gunakan untuk
pembetulan penglihatan.
Jika anda biasanya memakai cermin mata atau
kanta sentuh, anda perlu memakainya semasa
anda menonton imej 3D dengan cermin mata 3D.
Kegagalan berbuat demikian mengakibatkan risiko
keletihan mata atau penglihatan tidak normal.
Umur minimum biasa untuk melihat imej
3D ialah enam tahun. Apabila imej 3D
sedang ditonton oleh kanak-kanak kecil,
seorang dewasa yang cekap harus
berada bersama untuk memantau
kanak-kanak tersebut, untuk memastikan
imej 3D itu adalah sesuai untuk
kanak-kanak tersebut serta kanak-kanak
itu tidak menonton imej 3D terlalu lama
untuk tempoh yang berterusan, dsb.
Amaran
Awas
Elakkan menonton imej 3D untuk
tempoh yang lama. Berbuat demikian
boleh mengakibatkan keletihan mata.
Pastikan anda mematuhi langkah
berjaga-jaga berikut apabila menonton
imej 3D.
*
-
*
-
-
+
+