User manual - UT310WN_NetworkGuide (Malay (macrolanguage))
Table Of Contents
- Kandungan
- Gambaran Keseluruhan Fungsi Rangkaian
- Menayang Kandungan Skrin Komputer Melalui Sambungan LAN
- Aliran kerja daripada Sambungan LAN sehingga Tayangan
- Menyambung Penyesuai Wayarles ke Projektor
- Mewujudkan Sambungan LAN Wayarles Terus antara Projektor dan Komputer
- Gambaran Keseluruhan Sambungan LAN Wayarles
- Menggunakan SSID (Ringkas atau Generik) Terbina Dalam Projektor untuk Mewujudkan Sambungan LAN Wayarles
- Menggunakan SSID Pengguna untuk Mewujudkan Sambungan LAN Wayarles
- Menyambung Projektor pada Rangkaian Luar tanpa Memutuskan Sambungan LAN Wayarles Terus dengan Komputer
- Mewujudkan Sambungan antara Projektor dan Komputer Melalui Titik Capaian LAN Wayarles
- Menyambungkan Projektor ke Komputer melalui LAN Berwayar
- Menggunakan Network Connection
- Seting Rangkaian Projektor
- Operasi Pemapar Fail Projektor
- Lampiran

11
Gambaran Keseluruhan Sambungan LAN Wayarles
Prosedur dalam bahagian ini menerangkan cara menggunakan Network Connection, yang dipasang
pada komputer, untuk mencari SSID yang dipancarkan oleh projektor dan mewujudkan sambungan
antara komputer dan projektor.
Jenis SSID
Terdapat tiga jenis SSID projektor yang berlainan, setiap satu diperihalkan di bawah. Ambil perhatian
yang kaedah sambungan dan operasi yang diperlukan berbeza-beza bergantung pada jenis SSID.
Sambungan LAN Wayarles dan Tayangan
Satu projektor boleh bersambung dengan sehingga 8 komputer melalui LAN wayarles pada masa
yang sama. Walau bagaimanapun, satu imej skrin komputer (saiz imej tayangan penuh) atau sehingga
maksimum empat imej skrin komputer (imej tayangan dibahagikan kepada empat bahagian) sahaja
boleh ditayang pada masa yang sama.
Untuk butiran tentang operasi tayangan di komputer selepas ia disambungkan, lihat “Menggunakan
Network Connection” (halaman 39).
Mewujudkan Sambungan LAN Wayarles Terus antara
Projektor dan Komputer
Jenis SSID Penerangan SSID Digunakan
SSID Sambungan
Ringkas*
1
(Terbina dalam)
Ini ialah SSID bertujuan khas untuk menggunakan Network
Connection pada komputer Windows bagi mewujudkan sambungan
LAN wayarles dengan projektor. SSID jenis ini dipraset pada
projektor, maka nama dan butiran seting tidak boleh diubah suai.
SSID jenis ini memudahkan untuk mewujudkan sambungan LAN
wayarles antara projektor dan komputer tanpa mengkonfigurasi
seting yang kompleks.
casiolpj0001
casiolpj0002
casiolpj0003
casiolpj0004
SSID Generik*
1
*
2
(Terbina dalam)
SSID jenis ini meminta input frasa laluan untuk bersambung. SSID
jenis ini dipraset pada projektor, maka nama dan butiran seting tidak
boleh diubah suai.
casiolpj0101*
3
casiolpj0102
casiolpj0103
casiolpj0104
SSID Pengguna*
2
(Mesti dibuat.)
Memerlukan penciptaan SSID oleh anda. Menyokong penciptaan
SSID pengguna tunggal sahaja. Anda juga boleh menentukan jenis
penyulitan dan input frasa laluan untuk sambungan.
casiolpj0<sebarang
rentetan aksara>
*1 Projektor menjalankan komunikasi LAN wayarles menggunakan penyulitan WPA-PSK AES bagi
komunikasi data wayarles yang agak selamat. Data yang dihantar antara projektor dan komputer
disulitkan berdasarkan frasa laluan terbina dalam dan kod log masuk projektor.
*2 SSID ini juga boleh digunakan apabila mewujudkan sambungan LAN wayarles antara projektor dan
komputer yang menjalankan Mac OS atau peranti pintar (Android, iOS). Untuk maklumat lanjut, lihat
“Menayang Melalui Sambungan LAN Wayarles menggunakan Pelbagai Peranti Berlainan” (halaman
75).
*3 Seting SSID awal.










