User manual - UT310WN_NetworkGuide (Malay (macrolanguage))
Table Of Contents
- Kandungan
- Gambaran Keseluruhan Fungsi Rangkaian
- Menayang Kandungan Skrin Komputer Melalui Sambungan LAN
- Aliran kerja daripada Sambungan LAN sehingga Tayangan
- Menyambung Penyesuai Wayarles ke Projektor
- Mewujudkan Sambungan LAN Wayarles Terus antara Projektor dan Komputer
- Gambaran Keseluruhan Sambungan LAN Wayarles
- Menggunakan SSID (Ringkas atau Generik) Terbina Dalam Projektor untuk Mewujudkan Sambungan LAN Wayarles
- Menggunakan SSID Pengguna untuk Mewujudkan Sambungan LAN Wayarles
- Menyambung Projektor pada Rangkaian Luar tanpa Memutuskan Sambungan LAN Wayarles Terus dengan Komputer
- Mewujudkan Sambungan antara Projektor dan Komputer Melalui Titik Capaian LAN Wayarles
- Menyambungkan Projektor ke Komputer melalui LAN Berwayar
- Menggunakan Network Connection
- Seting Rangkaian Projektor
- Operasi Pemapar Fail Projektor
- Lampiran

17
8.
Pada kotak dialog “Enter the passphrase or WEP key.” yang muncul, masukkan
nama pengguna dan frasa laluan.
z Dalam kotak “User Name”, anda boleh masukkan sebarang nama sehingga sepanjang 20
aksara. Nama pengguna yang anda masukkan di sini akan dipaparkan sebagai nama
pengguna pada skrin tayangan.
z Mengikut SSID projektor yang sedang disambungkan, masukkan aksara yang ditunjukkan di
bawah ke dalam kedua-dua kotak “Passphrase/WEP Key Input” dan “Confirm”.
9.
Apabila semuanya seperti yang anda mahukan, klik [OK].
z Ini memaparkan kotak dialog yang ditunjukkan di bawah.
10.
Dalam kotak “Login Code”, masukkan nombor empat digit yang ditunjukkan di
sudut kiri atas skrin tunggu sedia sambungan LAN yang sedang ditayang.
z Nama pengguna yang anda masukkan dalam langkah 8 prosedur ini akan ditunjukkan dalam
kotak “User Name”, jadi anda boleh biarkannya sahaja, jika anda mahu.
11.
Apabila semuanya seperti yang anda mahukan, klik [OK].
z Ketika projektor bersambung ke komputer melalui LAN wayarles, tetingkap Network
Connection seperti yang ditunjukkan di bawah akan dipaparkan pada skrin komputer. Imej
skrin komputer (skrin utama) akan ditayang.
z Untuk butiran tentang operasi tetingkap Network Connection, lihat “Menggunakan Network
Connection” (halaman 39).
SSID Projektor yang Sedang Disambungkan Rentetan Aksara Input (Frasa laluan)
casiolpj0101 casiolpj01
casiolpj0102 casiolpj02
casiolpj0103 casiolpj03
casiolpj0104 casiolpj04










