User manual - UT310WN_NetworkGuide (Malay (macrolanguage))
Table Of Contents
- Kandungan
- Gambaran Keseluruhan Fungsi Rangkaian
- Menayang Kandungan Skrin Komputer Melalui Sambungan LAN
- Aliran kerja daripada Sambungan LAN sehingga Tayangan
- Menyambung Penyesuai Wayarles ke Projektor
- Mewujudkan Sambungan LAN Wayarles Terus antara Projektor dan Komputer
- Gambaran Keseluruhan Sambungan LAN Wayarles
- Menggunakan SSID (Ringkas atau Generik) Terbina Dalam Projektor untuk Mewujudkan Sambungan LAN Wayarles
- Menggunakan SSID Pengguna untuk Mewujudkan Sambungan LAN Wayarles
- Menyambung Projektor pada Rangkaian Luar tanpa Memutuskan Sambungan LAN Wayarles Terus dengan Komputer
- Mewujudkan Sambungan antara Projektor dan Komputer Melalui Titik Capaian LAN Wayarles
- Menyambungkan Projektor ke Komputer melalui LAN Berwayar
- Menggunakan Network Connection
- Seting Rangkaian Projektor
- Operasi Pemapar Fail Projektor
- Lampiran

20
5.
Pada anak tetingkap kiri, klik “Network Settings”.
z Ini memaparkan halaman “Network Settings”.
z Input dan seting yang diperlukan untuk membuat SSID pengguna dikelilingi oleh sempadan
merah. Anda tidak perlu mengubah seting lain.
z Untuk butiran tentang halaman ini, lihat “Untuk mengkonfigurasikan seting rangkaian halaman
Network Settings” (halaman 60).
6.
Dalam kotak “SSID”, masukkan rentetan aksara yang anda mahu gunakan
sebagai SSID pengguna.
z SSID pengguna akhirnya akan berada dalam format: casiolpj0<rentetan aksara yang anda
masukkan>
z Anda boleh memasukkan sehingga 23 aksara bait tunggal sebagai SSID pengguna. Ambil
perhatian yang berikut tidak boleh digunakan sebagai bahagian input teks untuk SSID
pengguna: 001, 002, 003, 004, 101, 102, 103 atau 104. Ini kerana menggunakan
nombor-nombor ini akan menjadikan nama SSID pengguna sama seperti SSID ringkas atau
SSID generik.
7.
Pilih penyulitan yang anda mahu gunakan untuk komunikasi LAN wayarles.
z Klik butang [T] di sebelah kanan kotak “Security” dan kemudian pilih protokol keselamatan
yang diingini dalam senarai yang muncul. Maksud bagi setiap opsyen dalam senarai
diperihalkan di bawah.
Keselamatan Penerangan
WPA-PSK AES
Membuat penyulitan komunikasi menggunakan protokol WPA-PSK. WPA (Wi-Fi
Protected Access, Capaian Terlindung Wi-Fi) merupakan fungsi keselamatan bagi
menyulitkan data komunikasi.
WPA2-PSK AES
Membuat penyulitan komunikasi menggunakan protokol WPA2-PSK. TKIP dan AES
adalah protokol penyulitan. WPA2 ialah standard WPA yang baharu.
Disable Mematikan keselamatan LAN wayarles, maka komunikasi tidak disulitkan.










