User manual - UT310WN_NetworkGuide (Malay (macrolanguage))
Table Of Contents
- Kandungan
- Gambaran Keseluruhan Fungsi Rangkaian
- Menayang Kandungan Skrin Komputer Melalui Sambungan LAN
- Aliran kerja daripada Sambungan LAN sehingga Tayangan
- Menyambung Penyesuai Wayarles ke Projektor
- Mewujudkan Sambungan LAN Wayarles Terus antara Projektor dan Komputer
- Gambaran Keseluruhan Sambungan LAN Wayarles
- Menggunakan SSID (Ringkas atau Generik) Terbina Dalam Projektor untuk Mewujudkan Sambungan LAN Wayarles
- Menggunakan SSID Pengguna untuk Mewujudkan Sambungan LAN Wayarles
- Menyambung Projektor pada Rangkaian Luar tanpa Memutuskan Sambungan LAN Wayarles Terus dengan Komputer
- Mewujudkan Sambungan antara Projektor dan Komputer Melalui Titik Capaian LAN Wayarles
- Menyambungkan Projektor ke Komputer melalui LAN Berwayar
- Menggunakan Network Connection
- Seting Rangkaian Projektor
- Operasi Pemapar Fail Projektor
- Lampiran

21
8.
Masukkan frasa laluan.
z Frasa laluan yang dimasukkan dalam kotak teks “Passphrase/WEP Key Input” bergantung
pada protokol keselamatan yang anda pilih dalam langkah 7, seperti yang diperihalkan di
bawah.
z Setiap aksara kekunci frasa laluan yang anda masukkan ditandakan dengan asterisk (*) dalam
kotak input yang digunakan. Jika anda mahu melihat aksara sebenar yang anda masukkan,
kosongkan kotak semak “Hide characters”.
z Frasa laluan yang anda masukkan akan diperlukan apabila anda menggunakan SSID
pengguna untuk mewujudkan sambungan LAN wayarles antara projektor dan komputer.
Pastikan anda tidak terlupa frasa laluan yang anda masukkan.
9.
Untuk membuat SSID pengguna mengikut seting anda dalam langkah 6 hingga 8,
klik [Apply].
z Ini menghasilkan SSID pengguna dan menggunakannya untuk projektor itu.
z Jika projektor dan komputer disambungkan melalui LAN wayarles, ini memutuskan
sambungan LAN wayarles antara projektor dan komputer, dan mengubah skrin tayangan
kepada skrin tunggu sedia sambungan LAN.
Keselamatan Rentetan Aksara Input
WPA-PSK AES
Masukkan frasa laluan WPA-PSK atau WPA2-PSK. Masukkan sekurang-kurangnya
lapan dan maksimum 63 aksara bait tunggal, atau nilai perenambelasan sehingga
sepanjang 64 digit.
Contoh:
MyKey123 (Lapan aksara bait tunggal)
1111222233334444555566667777888899990000AAAABBBBCCCCDDDDEEEEFFFF
(Nilai perenambelasan 64 digit)
WPA2-PSK AES
Disable Tiada input diperlukan.










