User manual - UT310WN_NetworkGuide (Malay (macrolanguage))
Table Of Contents
- Kandungan
- Gambaran Keseluruhan Fungsi Rangkaian
- Menayang Kandungan Skrin Komputer Melalui Sambungan LAN
- Aliran kerja daripada Sambungan LAN sehingga Tayangan
- Menyambung Penyesuai Wayarles ke Projektor
- Mewujudkan Sambungan LAN Wayarles Terus antara Projektor dan Komputer
- Gambaran Keseluruhan Sambungan LAN Wayarles
- Menggunakan SSID (Ringkas atau Generik) Terbina Dalam Projektor untuk Mewujudkan Sambungan LAN Wayarles
- Menggunakan SSID Pengguna untuk Mewujudkan Sambungan LAN Wayarles
- Menyambung Projektor pada Rangkaian Luar tanpa Memutuskan Sambungan LAN Wayarles Terus dengan Komputer
- Mewujudkan Sambungan antara Projektor dan Komputer Melalui Titik Capaian LAN Wayarles
- Menyambungkan Projektor ke Komputer melalui LAN Berwayar
- Menggunakan Network Connection
- Seting Rangkaian Projektor
- Operasi Pemapar Fail Projektor
- Lampiran

26
Bagi menyambungkan projektor ke titik capaian LAN wayarles
tanpa memutuskan sambungan LAN wayarles terus dengan
komputer
1.
Lakukan salah satu operasi di bawah untuk menyambungkan komputer ke
projektor melalui LAN wayarles.
z “Bagi menggunakan SSID sambungan ringkas projektor untuk mewujudkan sambungan LAN
wayarles dan menayang” (halaman 12), langkah 1 hingga 9
z “Bagi menggunakan SSID generik projektor untuk mewujudkan sambungan LAN wayarles dan
menayang” (halaman 15), langkah 1 hingga 11
z “Bagi menggunakan SSID pengguna untuk mewujudkan sambungan LAN wayarles dan
menayang” (halaman 22), langkah 1 hingga 11 (Selepas SSID pengguna dibuat.)
2.
Pada tetingkap Network Connection, klik butang menu fungsi dan kemudian klik
[Admin Screen] pada menu yang muncul.
z Ini memulakan pelayar web komputer dan memaparkan halaman atas projektor.
3.
Pada anak tetingkap kiri, klik “Projector Admin”. Pada skrin input kata laluan
yang muncul, masukkan kata laluan.
z Kata laluan lalai awal ialah “admin”.
4.
Klik butang [Login].
z Jika log masuk berlaku seperti biasa, halaman “System Status” akan muncul.
Butang menu fungsi










