User manual - UT310WN_NetworkGuide (Malay (macrolanguage))
Table Of Contents
- Kandungan
 - Gambaran Keseluruhan Fungsi Rangkaian
 - Menayang Kandungan Skrin Komputer Melalui Sambungan LAN
- Aliran kerja daripada Sambungan LAN sehingga Tayangan
 - Menyambung Penyesuai Wayarles ke Projektor
 - Mewujudkan Sambungan LAN Wayarles Terus antara Projektor dan Komputer
- Gambaran Keseluruhan Sambungan LAN Wayarles
 - Menggunakan SSID (Ringkas atau Generik) Terbina Dalam Projektor untuk Mewujudkan Sambungan LAN Wayarles
 - Menggunakan SSID Pengguna untuk Mewujudkan Sambungan LAN Wayarles
 - Menyambung Projektor pada Rangkaian Luar tanpa Memutuskan Sambungan LAN Wayarles Terus dengan Komputer
 
 - Mewujudkan Sambungan antara Projektor dan Komputer Melalui Titik Capaian LAN Wayarles
 - Menyambungkan Projektor ke Komputer melalui LAN Berwayar
 
 - Menggunakan Network Connection
 - Seting Rangkaian Projektor
 - Operasi Pemapar Fail Projektor
 - Lampiran
 

77
Sambungan LAN wayarles antara Projektor dan Komputer
Penyelesaian Masalah
Masalah Punca dan Tindakan yang Diperlukan
Saya tidak dapat 
mewujudkan sambungan 
LAN wayarles antara 
projektor dan komputer.
z Jika sebarang utiliti LAN wayarles selain daripada Network Connection sedang 
berjalan di komputer, tutupkannya.
z Cuba dekatkan projektor dengan komputer. Pastikan juga tidak ada dinding atau 
halangan lain di antara projektor dan komputer.
z Jika ketuhar gelombang mikro, peranti Bluetooth, atau peranti lain yang 
berhampiran mengganggu isyarat LAN wayarles, alihkan peranti yang 
mengganggu itu ke tempat lain.
z Jika projektor dimatikan, hidupkannya semula.
z Jika projektor tidak bersambung dengan penyesuai wayarles, sambungkannya 
(halaman 10).
z Jika fungsi LAN wayarles dinyahdayakan, dayakannya.
Sambungan LAN wayarles 
antara projektor dan 
komputer terputus-putus.
z Jika sebarang utiliti LAN wayarles selain daripada Network Connection sedang 
berjalan di komputer, tutupkannya.
z Cuba dekatkan projektor dengan komputer. Pastikan juga tidak ada dinding atau 
halangan lain di antara projektor dan komputer.
z Jika ketuhar gelombang mikro, peranti Bluetooth, atau peranti lain yang 
berhampiran mengganggu isyarat LAN wayarles, alihkan peranti yang 
mengganggu itu ke tempat lain.
Saya boleh mewujudkan 
sambungan LAN wayarles 
antara projektor dan 
komputer, tetapi 
kandungan skrin komputer 
tidak dapat ditayangkan.
z Jika sesuatu selain daripada “Rangkaian” dipilih sebagai sumber input projektor, 
tekan kekunci [INPUT] dan kemudian pilih “Rangkaian”.
z Jika kandungan skrin komputer tidak dapat ditayangkan semasa “Rangkaian” 
dipilih sebagai sumber input, klik   (Tayang 1 skrin) pada tetingkap Network 
Connection.
z Jika imej tayangan telah dipegunkan atau dihentikan dengan menekan kekunci 
[FREEZE] atau [BLANK] pada alat kawalan jauh projektor, tekan kekunci [ESC] alat 
kawalan jauh itu untuk membatalkan operasi pegun/kosong.
Pertukaran imej tayangan 
adalah lambat.
z Pada tetingkap Network Connection, klik butang menu fungsi dan kemudian 
semak “Projection Setting”. Jika “High-resolution” dipilih, tukar seting kepada 
“High-speed”.
z Pada komputer, keluar dari semua aplikasi yang anda tidak gunakan.
z Jika komputer sedang menjalankan Windows Vista, 7, 8 atau 8.1, nyahdayakan 
Windows Aero
TM
.
Sambungan LAN wayarles 
mengalami masalah 
apabila berbilang projektor 
digunakan pada masa 
yang sama.
Periksa jika lebih daripada satu projektor diperuntukkan kepada nombor SSID yang 
sama. Setiap projektor seharusnya mempunyai SSID uniknya sendiri. Untuk 
maklumat tentang operasi yang diperlukan, lihat “Untuk menukar SSID” (halaman 49).










