User manual - UT310WN_Setup (Malay (macrolanguage))

MS-13
Panduan Cepat
Jika anda mengalami sebarang masalah semasa mengendalikan projektor atau jika anda rasa bahawa
projektor tidak beroperasi dengan betul, rujuk bahagian “Penyelesaian Masalah” di dalam “Panduan
Pengguna” (UsersGuide.pdf).
Untuk memasang penutup kabel
1. Jika projektor dihidupkan, matikannya dan tunggu sehingga ia sejuk.
2. Tanggalkan kord kuasa projektor dari salur keluar kuasa.
3. Terbalikkan projektor dan sisipkan cangkuk penutup kabel ke dalam lubang yang
terdapat pada projektor (Rajah 1).
4. Putarkan penutup kabel mengikut arah yang ditunjukkan oleh anak panah dalam
Rajah 2 untuk memasangnya pada projektor.
z Skru penutup kabel perlu dijajarkan dengan lubang skru projektor (Rajah 3).
5. Gunakan pemutar skru kepala Phillips untuk mengetatkan skru (Rajah 4).
Untuk menanggalkan penutup kabel
1. Jika projektor dihidupkan, matikannya dan tunggu sehingga ia sejuk.
2. Tanggalkan kord kuasa projektor dari salur keluar kuasa.
3. Gunakan pemutar skru kepala Phillips untuk melonggarkan skru penutup kabel
sehingga ia tertanggal dari projektor (tanpa mencabutnya dari penutup).
4. Tanggalkan bahagian penutup kabel yang berskru dari projektor dan kemudian
tanggalkan cangkuk penutup dari projektor.
Jika anda menghadapi masalah...
Memasang dan Menanggalkan Penutup Kabel
Rajah 1 Rajah 2
Rajah 3 Rajah 4
Skru
Cangkuk
Skru
Lubang skru