User manual - UT310WN_Setup (Malay (macrolanguage))
MS-1
Langkah-Langkah Keselamatan
Langkah Berjaga-Jaga Semasa 
Penggunaan
● Pengawasan orang dewasa 
diperlukan apabila adanya 
kanak-kanak kecil dan khususnya 
apabila ada kemungkinan 
kanak-kanak kecil bersentuhan 
dengan projektor.
● Asap, bau, haba, dan perkara lain 
yang tidak normal
Jika anda perasan terdapat asap, bau 
yang pelik, atau apa saja yang tidak 
normal, berhenti menggunakan projektor 
dengan serta-merta. Penggunaan yang 
berterusan mengakibatkan risiko 
kebakaran dan renjatan elektrik. Lakukan 
langkah-langkah berikut dengan segera.
● Malfungsi
Berhenti menggunakan projektor dengan 
serta merta jika skrin kelihatan tidak 
normal, atau jika sebarang operasi yang 
tidak normal lain berlaku walaupun anda 
mengendalikan projektor dengan betul. 
Penggunaan yang berterusan 
mengakibatkan risiko kebakaran dan 
renjatan elektrik. Lakukan 
langkah-langkah berikut dengan segera.
Terima kasih kerana memilih produk CASIO ini. Pastikan anda membaca “Langkah-Langkah 
Keselamatan” ini sebelum menggunakannya. Setelah membaca Panduan Pengguna ini, simpan di 
tempat selamat untuk rujukan pada masa hadapan.
Keterangan tentang simbol keselamatan
Pelbagai simbol digunakan di dalam Panduan Pengguna ini dan pada produk itu sendiri untuk 
memastikan penggunaan selamat, dan untuk melindungi anda dan orang lain daripada risiko kecederaan 
dan kerosakan bahan. Maksud bagi setiap simbol diterangkan di bawah.
Contoh Ikon
*
Bahaya
Simbol ini menunjukkan maklumat yang, jika diabaikan atau digunakan 
dengan cara yang salah, akan mewujudkan risiko kematian atau kecederaan 
diri yang serius.
*
Amaran
Simbol ini menunjukkan maklumat yang, jika diabaikan atau digunakan 
dengan cara yang salah, berkemungkinan boleh menimbulkan risiko kematian 
atau kecederaan diri yang serius.
*
Awas
Simbol ini menunjukkan maklumat yang, jika diabaikan atau digunakan 
dengan cara yang salah, berkemungkinan boleh menimbulkan risiko 
kecederaan diri atau kerosakan bahan.
’
Segi tiga menunjukkan situasi di mana anda perlu berhati-hati. Contoh yang ditunjukkan di sini 
menunjukkan anda perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan renjatan elektrik.
!
Bulatan dengan satu garisan merentasinya menunjukkan maklumat tentang sesuatu tindakan 
yang anda tidak harus lakukan. Tindakan spesifik ini ditunjukkan oleh rajah di dalam bulatan itu. 
Contoh yang ditunjukkan di sini bermakna nyahpemasangan adalah dilarang.
$
Bulatan hitam menunjukkan maklumat tentang tindakan yang mesti anda lakukan. Tindakan 
spesifik ini ditunjukkan oleh rajah di dalam bulatan itu. Contoh yang ditunjukkan di sini 
menunjukkan anda mesti mencabut kord kuasa dari salur keluar kuasa.
Amaran
1.
Cabut palam projektor.
2.
Hubungi penjual asal atau pusat servis CASIO 
yang bertauliah.
*
-
1.
Matikan projektor.
2.
Cabut palam projektor.
3.
Hubungi penjual asal atau pusat servis CASIO 
yang bertauliah.
-










