User manual - UT310WN_Setup (Malay (macrolanguage))
Langkah-Langkah Keselamatan
MS-2
● Kord kuasa
Penyalahgunaan kord kuasa 
mengakibatkan risiko kebakaran dan 
renjatan elektrik.
Pastikan anda sentiasa mengambil 
langkah berjaga-jaga seperti berikut.
• Pastikan hanya aksesori yang dibekalkan 
bersama projektor digunakan.
• Pastikan anda menggunakan sumber kuasa yang 
mempunyai voltan yang sama seperti yang 
dikhususkan untuk projektor.
• Jangan bebankan salur keluar kuasa dengan 
terlalu banyak peranti.
• Jangan tempatkan kord kuasa berhampiran 
dengan dapur.
• Jangan gunakan kord kuasa yang dibekalkan 
bersama projektor dengan sebarang peranti lain.
• Jangan berkongsi salur keluar yang 
membekalkan kuasa kepada projektor dengan 
peranti lain. Jika anda menggunakan kord 
penyambung, pastikan kadar ampere kord 
penyambung itu sesuai dengan nilai penggunaan 
kuasa projektor ini.
• Jangan sekali-kali menggunakan kord kuasa 
dalam keadaan ia masih berikat.
• Gunakan salur keluar kuasa yang terletak 
berhampiran supaya anda dapat mencapainya 
dengan mudah apabila anda perlu mencabut 
palam projektor.
Kord kuasa yang rosak mengakibatkan 
risiko kebakaran dan renjatan elektrik.
Pastikan anda sentiasa mengambil 
langkah berjaga-jaga seperti berikut.
• Jangan sekali-kali meletakkan objek berat di atas 
kord kuasa dan jangan sekali-kali 
mendedahkannya kepada haba.
• Pastikan kord kuasa tidak terjepit di antara 
dinding dan rak atau meja di mana projektor 
ditempatkan, dan jangan sekali-kali menutup 
kord kuasa dengan kusyen atau objek lain.
• Jangan sekali-kali cuba ubah suai kord kuasa, 
membiarkannya rosak, atau membengkokkannya 
secara keterlaluan.
• Jangan memulas kord kuasa atau menariknya.
Jangan sekali-kali menyentuh kord kuasa 
atau palam semasa tangan anda basah.
Berbuat demikian mengakibatkan risiko 
renjatan elektrik.
• Apabila menggunakan projektor ini di negara di 
mana anda membelinya, pastikan anda 
menggunakan kord kuasa yang dibekalkan 
bersamanya. Apabila menggunakan projektor di 
negara lain, pastikan anda membeli dan 
menggunakan kord kuasa yang sesuai dengan 
voltan negara tersebut. Pastikan juga anda peka 
kepada Piawaian Keselamatan yang terpakai di 
negara itu.
Apabila hendak keluar, pastikan projektor 
berada di lokasi yang jauh daripada 
binatang peliharaan dan binatang lain, 
dan cabutkan palam kuasa dari salur 
keluar kuasa. Kord kuasa yang rosak 
kerana dikunyah boleh menyebabkan litar 
pintas, dan mengakibatkan risiko 
kebakaran.
● Air dan bahan asing
Jangan sekali-kali membiarkan projektor 
terkena air. Air mengakibatkan risiko 
kebakaran dan renjatan elektrik.
Jangan sekali-kali meletakkan pasu atau 
bekas air yang lain di atas projektor. Air 
mengakibatkan risiko kebakaran dan 
renjatan elektrik.
Air atau cecair lain, atau bahan asing 
(logam, dsb) yang memasuki projektor 
mengakibatkan risiko kebakaran dan 
renjatan elektrik. Jika sesuatu benda 
termasuk ke dalam projektor, lakukan 
langkah-langkah berikut dengan segera.
● Penyahpasangan dan 
pengubahsuaian
Jangan sekali-kali cuba merungkas atau 
ubah suai projektor dengan apa jua cara. 
Projektor mengandungi banyak 
komponen bervoltan tinggi yang 
mengakibatkan risiko renjatan elektrik 
dan kecederaan terbakar. Dan, sila ambil 
perhatian bahawa masalah yang 
disebabkan oleh penyahpasangan atau 
pengubahsuaian projektor yang tidak 
dibenarkan tidak dilindungi oleh waranti 
dan tidak layak untuk diperbaiki oleh 
CASIO.
Pastikan pemeriksaan dalaman, pelarasan, dan 
pembaikan dilakukan oleh pengedar asal anda 
atau pusat servis CASIO yang bertauliah.
● Jatuh dan impak
Penggunaan projektor yang berterusan 
setelah rosak kerana jatuh atau 
pengendalian yang kasar mengakibatkan 
risiko kebakaran dan renjatan elektrik. 
Lakukan langkah-langkah berikut dengan 
segera.
+
-
"
1.
Matikan projektor.
2.
Cabut palam projektor.
3.
Hubungi penjual asal atau pusat servis CASIO 
yang bertauliah.
1.
Matikan projektor.
2.
Cabut palam projektor.
3.
Hubungi penjual asal atau pusat servis CASIO 
yang bertauliah.
-
+
%
%
!
-










