User manual - UT310WN_Setup (Malay (macrolanguage))
MS-5
Langkah-Langkah Keselamatan
Langkah Berjaga-Jaga Untuk Bateri
Penyalahgunaan bateri boleh menyebabkannya 
bocor dan meninggalkan kesan kotoran di 
kawasan sekitarnya, atau meletup, mengakibatkan 
risiko kebakaran dan kecederaan diri. Pastikan 
anda sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga 
seperti berikut.
Penyalahgunaan bateri boleh menyebabkannya 
bocor dan meninggalkan kesan kotoran di 
kawasan sekitarnya, atau meletup, mengakibatkan 
risiko kebakaran dan kecederaan diri. Pastikan 
anda sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga 
seperti berikut.
● Bateri habis
Pastikan anda keluarkan bateri dari alat kawalan 
jauh sebaik saja ia habis.
● Pembuangan bateri
Pastikan anda buang bateri yang telah digunakan 
mengikut peraturan dan undang-undang di tempat 
anda.
Lain-lain
Membiarkan habuk terkumpul di dalam projektor 
dengan tidak membersihkannya untuk jangka 
masa panjang mengakibatkan risiko kebakaran 
dan kemalangan, dan boleh menyebabkan 
kehilangan kekilauan tayangan. Hubungi pengedar 
asal anda atau pusat servis CASIO yang bertauliah 
sekali setahun untuk membersihkan bahagian 
dalaman projektor. Ambil perhatian bahawa anda 
akan dikenakan bayaran untuk pembersihan itu.
● Pastikan anda mematuhi semua 
undang-undang dan peraturan 
tempatan yang dikenakan dan jangan 
merungkas projektor apabila 
membuangnya.
Bahaya
Jika berlaku kebocoran bateri alkali dan 
bendalir yang keluar termasuk ke dalam 
mata, lakukan langkah-langkah berikut 
dengan segera.
1.
Jangan sekali-kali gosok mata! Bilas mata 
dengan air bersih.
2.
Hubungi doktor dengan segera. Kegagalan 
mengambil tindakan segera boleh 
menyebabkan kehilangan penglihatan.
Amaran
• Jangan sekali-kali cuba merungkas 
bateri dan jangan biarkan berlaku 
pintasan pada bateri itu.
• Jangan sekali-kali dedahkan bateri 
kepada haba atau buangkannya ke 
dalam api.
• Jangan sekali-kali campurkan bateri 
lama dengan yang baru.
• Jangan sekali-kali campurkan bateri 
yang berlainan jenis.
• Jangan sekali-kali cuba mengecas 
bateri.
• Pastikan bateri diorientasikan dengan 
betul apabila anda memuatkannya.
Awas
• Hanya gunakan jenis bateri yang 
dispesifikasikan untuk alat kawalan jauh 
itu.
• Keluarkan bateri dari alat kawalan jauh 
jika anda tidak berhasrat untuk 
menggunakannya untuk jangka masa 
yang lama.
*
+
*
-
+
*
-
+
Awas
*










