MS PROJEKTOR DATA XJ-V1/XJ-V2 Panduan Pengguna z Pastikan anda membaca “Langkah-Langkah Keselamatan” dan “Langkah Berjaga-Jaga Pengendalian” dalam dokumen “Panduan Penyediaan”, dan pastikan anda menggunakan produk ini dengan betul. z Simpan manual ini di tempat selamat untuk rujukan pada masa hadapan. z Lawati laman di bawah untuk versi terkini manual ini dan “Panduan Penyediaan”. http://world.casio.
z DLP ialah tanda dagangan berdaftar Texas Instruments Amerika Syarikat. z HDMI, Logo HDMI dan High-Definition Multimedia Interface ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar HDMI Licensing, LLC. z XGA ialah tanda dagangan berdaftar IBM Corporation Amerika Syarikat. z Nama syarikat dan produk lain mungkin merupakan nama produk berdaftar atau tanda dagangan pemilik masing-masing. z Kandungan Panduan Pengguna ini tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
Kandungan Ciri dan Fungsi Berguna ................................................. 5 Bersedia ........................................................................... 6 Menyediakan Projektor...........................................................................6 Langkah Berjaga-Jaga Persediaan.............................................................................. 6 Menyambung Kabel Projektor................................................................7 Alat Kawalan Jauh ..................
Menggunakan Menu Persediaan (MENU) ............................................19 Operasi Menu Persediaan Asas................................................................................. 19 Seting Menu Persediaan............................................................................................ 19 Perlindungan Kata Laluan ....................................................................23 Menggunakan Ciri Kata Laluan..........................................................................
Ciri dan Fungsi Berguna z Sumber Cahaya Hibrid Bebas Merkuri Sumber cahaya hibrid LED dan laser asli CASIO memberikan luminans tinggi sehingga 2,700 lumen (XJ-V1)/3,000 lumen (XJ-V2). Projektor ini tidak menggunakan lampu merkuri, menjadikannya mesra alam. z Penayangan tanpa tunggu Sumber cahaya hibrid CASIO mencapai kecerahan maksimum sebaik saja selepas kuasa dihidupkan, berbanding dengan masa tunggu selama kira-kira satu minit yang biasanya diperlukan untuk lampu merkuri.
Bersedia Bahagian ini menerangkan cara memilih lokasi untuk projektor, cara menyambungkan kabelnya dan cara melaksanakan operasi lain yang diperlukan sebelum menggunakannya. Menyediakan Projektor Tempatkan projektor di atas meja atau tempat letak yang tegap dan rata. Pastikan anda menyediakan ruang yang mencukupi di bahagian sisi dan belakang projektor untuk pengaliran udara yang sempurna.
Menyambung Kabel Projektor Sambungkan projektor ke salur keluar kuasa dan pada peranti sumber input. Gunakan kabel RGB untuk menyambung ke terminal output RGB komputer atau sumber input lain. Gunakan kabel HDMI* yang boleh didapati untuk bersambung pada terminal output HDMI komputer, peralatan video atau sumber input lain. * Pastikan yang digunakan High-speed kabel HDMI. Gunakan kord kuasa yang dibekalkan untuk memasang projektor pada salur keluar kuasa.
Alat Kawalan Jauh Operasi projektor dilakukan menggunakan alat kawalan jauh yang dibekalkan bersamanya. Halakan pemancar isyarat alat kawalan jauh pada salah satu penerima isyarat pada projektor apabila anda melakukan operasi kekunci alat kawalan jauh. Julat maksimum isyarat alat kawalan jauh adalah kira-kira 5 meter (antara pemancar dan penerima isyarat). 1 1 Pemancar isyarat alat kawalan jauh 2 [P] Kekunci (Kuasa) 2 3 Kekunci [ESC] Mematikan atau menghidupkan kuasa.
Untuk memuatkan bateri alat kawalan jauh z Pastikan anda menggunakan bateri alkali sahaja. *Awas RISIKO LETUPAN JIKA BATERI DIGANTIKAN DENGAN JENIS YANG SALAH. BUANG BATERI YANG TELAH DIGUNAKAN MENGIKUT ARAHAN. 1. Buka penutup bateri di bahagian belakang alat kawalan jauh. 2. 3. Tutup penutup bateri di bahagian belakang alat kawalan jauh. Muatkan dua bateri baharu ke dalam petak, sambil memastikan hujung positif (+) dan negatif (–) bateri menghala ke arah yang betul.
Mengendalikan Projektor Bahagian ini menerangkan cara menggunakan alat kawalan jauh untuk melakukan operasi projektor. Memilih Sumber Input (INPUT) Untuk memilih sumber input 1. Tekan kekunci [INPUT]. 2. Pada kotak dialog “Input” yang muncul, gunakan kekunci [INPUT], [S] dan [T] untuk memilih sumber input yang anda mahu dan kemudian tekan kunci [ENTER]. z Jika anda tidak tekan kunci [ENTER], projektor akan menggunakan sumber input semasa yang dipilih secara automatik selepas kira-kira dua saat.
Operasi Imej Output Untuk menggunakan pembetulan pepasak manual (KEYSTONE) Projektor ini mempunyai ciri pembetulan pepasak yang menghalang herotan imej yang ditayang apabila menayang dari satu sudut. Anda boleh menggunakan kekunci [KEYSTONE +] dan [KEYSTONE –] untuk melaraskan pembetulan pepasak secara manual. Untuk mengezum imej (D-ZOOM) 1. Tekan kekunci [D-ZOOM+]. z Ini akan membesarkan pusat imej yang ditayang sebanyak satu langkah. 2.
Untuk melaras imej secara (AUTO) Tekan kekunci [AUTO]. z Menekan kekunci [AUTO] secara automatik akan melaraskan frekuensi dan fasa menurut isyarat input, yang boleh mengurangkan kerlipan dan masalah imej tayangan lain. z Operasi ini disokong apabila sumber input adalah Komputer (RGB). Untuk menukar nisbah bidang imej yang ditayang (ASPECT) Tekan kekunci [ASPECT] untuk mengitar semua seting nisbah bidang untuk imej yang ditayang.
Untuk melaraskan kecerahan imej (FUNC) 1. Tekan kekunci [FUNC]. Pada menu yang muncul, pilih “Kecerahan” dan kemudian tekan kekunci [ENTER]. 2. Pada skrin pelarasan kecerahan yang muncul, gunakan kekunci [W] dan [X] untuk melaraskan kecerahan. 3. Untuk menyembunyikan tetingkap tersebut, tekan kekunci [ESC]. Untuk menukar mod warna (FUNC) 1. Tekan kekunci [FUNC]. Pada menu yang muncul, pilih “Mod Warna” dan kemudian tekan kekunci [ENTER]. z Ini akan memaparkan tetingkap pemilihan mod warna.
Melaraskan Aras Kelantangan (VOLUME) Anda boleh menggunakan kekunci alat kawalan jauh [VOLUME +] dan [VOLUME –] untuk melaraskan aras kelantangan audio yang dioutputkan daripada terminal AUDIO keluar. Untuk melaraskan aras kelantangan 1. Tekan kekunci [VOLUME +] atau kekunci [VOLUME –]. z Ini menyebabkan skrin “Kelantangan” muncul pada imej yang ditayang. 2. Tekan kekunci [VOLUME +] untuk meningkatkan kelantangan atau kekunci [VOLUME –] untuk merendahkan kelantangan. 3.
Mod Eko (ECO) Seting Mod Eko berikut tersedia untuk menentukan sama ada keutamaan harus diberikan kepada kuasa rendah, operasi rendah hingar atau kepada kecerahan tayangan. Hidup : Membolehkan pelarasan manual untuk mengimbangi keperluan kuasa rendah, operasi senyap dan kecerahan tayangan. Mati : Memberikan keutamaan tinggi kepada kecerahan tayangan. Untuk memilih Mod Eko 1. Tekan kekunci [ECO]. z Ini menyebabkan tetingkap “Mod Eko” muncul pada skrin tayangan. 2.
Menggunakan Pemasa Persembahan (TIMER) Pemasa persembahan menunjukkan kira detik dari nilai masa yang dipraset. Anda boleh menggunakannya untuk mengesan berapa banyak masa telah berlalu semasa persembahan anda, dan untuk mengehadkan persembahan kepada jumlah masa yang dipraset. Anda boleh mengkonfigurasi pemasa persembahan supaya ia dipaparkan dalam imej yang ditayang. Untuk memaparkan pemasa Apabila pemasa tidak dipaparkan pada imej yang ditayang, tekan kekunci [TIMER] sekali.
Untuk mengkonfigurasi seting pemasa 1. Gunakan kekunci [TIMER] untuk memaparkan menu fungsi pemasa. 2. Gunakan kekunci [T] dan [S] untuk memilih seting “Kedudukan”, “Paparan Berterusan”, atau “Masa Mula” dan kemudian tukar seting seperti yang diterangkan dalam jadual di bawah. 3.
Untuk menjeda pengiraan detik pemasa 1. Gunakan kekunci [TIMER] untuk memaparkan menu fungsi pemasa. 2. Pilih “Jeda Pemasa” dan tekan kekunci [ENTER]. Untuk menyambung semula pengiraan detik pemasa yang dijedakan 1. Gunakan kekunci [TIMER] untuk memaparkan menu fungsi pemasa. 2. Pilih “Mula Semula Pemasa” dan tekan kekunci [ENTER]. Untuk menetapkan semula pemasa kepada masa mulanya. 1. Gunakan kekunci [TIMER] untuk memaparkan menu fungsi pemasa. 2.
Menggunakan Menu Persediaan (MENU) Menekan kekunci [MENU] memaparkan Menu Persediaan yang ditunjukkan di bawah pada skrin tayangan. Anda boleh menggunakan menu ini untuk melaraskan kecerahan, kontras, dan seting lain imej yang ditayangkan serta untuk menukar seting projektor. Item Menu (Submenu) Item Menu (Menu Utama) Penonjolan Panduan Panduan menunjukkan operasi utama yang boleh dilakukan untuk item menu semasa yang terpilih (ditonjolkan).
Gunakan item menu ini: Untuk melakukan ini: Pelarasan Imej 1 3 Mod Warna Pilih satu daripada mod warna imej tayangan berikut: “Standard*1”, “Grafik”, “Teater*2”, “Papan Hitam”, “Semula jadi”. *1 Lalai awal apabila RGB atau HDMI (PC) dipilih untuk input. *2 Lalai awal apabila Komponen atau HDMI (DTV) dipilih untuk input. Pelarasan Imej 1 3 Imbangan Warna Pilih satu daripada praset imbangan warna berikut: “Hangat”, “Normal*”, “Sejuk”.
Gunakan item menu ini: Untuk melakukan ini: Seting Skrin 3 Lekapan Siling Sediakan projektor untuk digantung dari siling. Hidup:Pilih apabila projektor digantung dari siling. Oleh kerana bahagian bawah projektor menghadap ke atas, imej yang ditayangkan diterbalikkan secara melintang dan menegak. Mati*: Pilih apabila projektor digunakan di atas meja. Ini akan menayangkan imej dengan anggapan bahawa bahagian atas projektor menghadap ke atas.
Gunakan item menu ini: Untuk melakukan ini: Seting Opsyen 2 3 Altitud Tinggi Hidupkan atau matikan seting kelajuan kipas altitud tinggi mengikut altitud kawasan tempat anda menggunakan projektor. Hidup:Pilih seting ini apabila menggunakan projektor di kawasan altitud tinggi (1,500 hingga 3,000 meter di atas paras laut) di mana udara adalah nipis. Seting ini meningkatkan kecekapan penyejukan. Mati*: Pilih seting ini pada altitud biasa (sehingga 1,500 meter).
Perlindungan Kata Laluan Ciri kata laluan membolehkan anda menyekat individu tanpa kebenaran daripada menggunakan projektor. Anda boleh tetapkan sama ada input kata laluan diperlukan apabila anda menghidupkan projektor, dan anda boleh tetapkan dan menukarkan kata laluan jika perlu. Gunakan seting “Seting Opsyen 1 3 Kata Laluan” untuk mengesahkan seting kata laluan. Menggunakan Ciri Kata Laluan Ambil perhatian tentang langkah berjaga-jaga berikut apabila anda menggunakan ciri kata laluan.
Untuk menukar kata laluan 1. Tekan kekunci [MENU] untuk memaparkan menu persediaan. 2. Gunakan kekunci [T] untuk memilih “Seting Opsyen 1”, dan kemudian tekan kekunci [ENTER]. 3. Gunakan kunci [T] untuk memilih “Kata Laluan”, dan kemudian tekan kunci [ENTER]. z Ini akan memaparkan kotak dialog yang meminta anda memasukkan kata laluan semasa. 4. Masukkan kata laluan semasa.
Untuk menukar seting hidup kuasa dengan kata laluan 1. Lakukan langkah 1 hingga 5 di bawah “Untuk menukar kata laluan” (halaman 24) dan paparkan skrin seting Hidup Kuasa DenganKata Laluan. 2. Setelah mengesahkan bahawa “Hidup Kuasa dengan Kata Laluan” dipilih, gunakan kekunci [W] dan [X] untuk memilih sama ada seting “Hidup” atau “Mati”. z Menukarkan seting daripada “Mati” kepada “Hidup” akan menyebabkan kotak dialog “Minta kata laluan apabila kuasa dihidupkan?” muncul.
Membersihkan Projektor Jadikan satu kebiasaan untuk membersihkan projektor dalam selang masa yang tetap seperti yang diterangkan dalam bahagian ini. Sebelum membersihkan projektor, pastikan palam projektor dicabut dari salur kuasa dan pastikan ia sejuk sepenuhnya. Membersihkan Bahagian Luar Projektor Lap bahagian luar projektor dengan kain lembut yang telah dilembabkan dengan larutan lemah air dan detergen neutral lembut. Pastikan semua air yang berlebihan diperah dari kain sebelum mengelap.
Penyelesaian Masalah Penunjuk Petunjuk POWER/STANDBY dan petunjuk STATUS bertukar untuk menunjukkan status semasa projektor seperti diterangkan dalam jadual di bawah.
Petunjuk Ralat dan Mesej Amaran Mesej amaran dan penunjuk memberitahu anda masalah yang berlaku apabila ralat projektor berlaku. z Apabila ralat berlaku, tunggu sehingga kipas berhenti sebelum mencabut palam kord kuasa AC. Jika anda mencabut palam kord kuasa AC semasa kipas masih berjalan, ralat boleh berlaku apabila anda memasangkan semula kord kuasa AC. z Tekan kekunci [ESC] untuk menghilangkan mesej amaran.
Penunjuk/Mesej Ralat POWER : Merah stabil STATUS : Merah stabil Mesej : – POWER : Merah stabil STATUS : Merah berkedip (selang masa 0.5-saat) Mesej : – POWER : Merah stabil STATUS : Merah berkedip (selang masa 2-saat atau 1-saat) Mesej : – Keterangan dan Tindakan yang Diperlukan Projektor dimatikan secara automatik disebabkan oleh beberapa masalah yang mungkin berpunca daripada hingar digital luaran atau sebab lain. Sahkan bahawa penunjuk POWER/STANDBY menyala merah (tidak berkelip).
Penyelesaian Masalah Projektor Periksa item berikut apabila anda mengalami sebarang masalah dengan projektor. Masalah Penyebab dan Saranan Tindakan Kuasa tidak hidup. z Jika penunjuk POWER/STANDBY tidak menyala, kord kuasa AC tidak bersambung dengan betul. Sambungkan kord kuasa AC dengan betul. z Jika petunjuk POWER/STANDBY bernyala merah dan petunjuk STATUS bernyala (atau berkedip) merah atau kuning jingga, ia bermakna beberapa jenis ralat telah berlaku.
Masalah Penyebab dan Saranan Tindakan Teks kabur. z Imej mungkin tidak difokuskan dengan betul. Laraskan fokus imej. z Seting frekuensi dan/atau fasa semasa tidak sepadan dengan isyarat input. (Terpakai hanya apabila sumber input ialah isyarat RGB.) Tekan kekunci [AUTO] untuk melaksanakan operasi pelarasan automatik. z Pada menu persediaan, lakukan pelarasan “Pelarasan Imej 2 J Frekuensi” dan “Pelarasan Imej 2 J Fasa”, (Terpakai hanya apabila sumber input ialah isyarat RGB.) Lihat halaman 20.
Lampiran Menyambung ke Output Video Komponen Bahagian ini menerangkan bagaimana membuat sambungan video komponen antara projektor dan peranti video. z Terminal output video komponen mempunyai set 3 terminal: Y·Cb·Cr atau Y·Pb·Pr. Pastikan anda memadankan warna palam pada kabel video komponen dengan warna pada terminal (Hijau: Y; Biru: Cb/Pb; Merah: Cr/Pr). z Ambil maklum bahawa sambungan ke terminal output video komponen analog sahaja yang disokong. Sambungan ke terminal output digital tidak disokong.
Mengemas Kini Perisian Tegar Perisian tegar projektor (perisian dalam ROM denyar projektor) boleh dikemas kini daripada komputer yang bersambung ke port SERVICE projektor (port USB untuk mengemas kini ROM) dengan kabel USB. Untuk menyambungkan port SERVICE projektor dengan port USB komputer Gunakan kabel USB yang dijual secara komersil untuk menyambungkan port SERVICE projektor ke port USB komputer.
Jarak Tayangan dan Saiz Skrin Nilai jarak tayangan di bawah ialah untuk rujukan apabila menyediakan projektor. a Lensa h b Saiz Tayangan Saiz Skrin (inci) Anggaran Jarak Tayangan h (sm) Pepenjuru (sm) Jarak Minimum (m) Jarak Maksimum (m) 30 76 0.83 0.93 10 40 102 1.15 1.28 13 60 152 1.79 1.99 20 77 196 2.33 2.59 26 80 203 2.43 2.70 27 100 254 3.07 3.41 34 150 381 4.67 5.18 50 200 508 6.27 6.95 67 300 762 9.47 10.
Seting Nisbah Bidang dan Imej Tayangan Perkara berikut menunjukkan bagaimana imej ditayangkan mengikut jenis isyarat input dan seting nisbah bidang projektor.
Sumber input: Komponen atau HDMI (DTV) Isyarat Input Normal 16:9 Imej Bidang 4:3 Imej Terpenyek Imej Kotak Surat Imej Bidang 16:9 36 16:10 4:3
Isyarat yang Disokong z Walaupun jika sesuatu isyarat tersenarai dalam jadual di bawah, ia tidak menjamin yang anda akan boleh memaparkan imejnya dengan betul. Isyarat RGB VESA Nama Isyarat Resolusi Frekuensi Melintang (kHz) Frekuensi Menegak (Hz) 640 × 480/60 640 × 480 31.5 60 640 × 480/72 640 × 480 37.9 73 640 × 480/75 640 × 480 37.5 75 640 × 480/85 640 × 480 43.3 85 800 × 600/56 800 × 600 35.2 56 800 × 600/60 800 × 600 37.9 60 800 × 600/72 800 × 600 48.
Isyarat Komponen HDTV SDTV Nama Isyarat Frekuensi Melintang (kHz) Frekuensi Menegak (Hz) 1080p/50 56.3 50 1080p/60 67.5 60 720p/50 37.5 50 720p/60 45.0 60 1080i/50 28.1 50 1080i/60 33.7 60 576p/50 31.3 50 576i/50 15.6 50 480p/60 31.5 60 480i/60 15.7 60 Isyarat HDMI Nama Isyarat Frekuensi Melintang (kHz) Frekuensi Menegak (Hz) 640 × 480/60 31.5 60 800 × 600/60 37.9 60 1024 × 768/60 48.4 60 1280 × 768/60 47.8 60 1280 × 800/60 49.
Kawalan Projektor RS-232C Apabila terdapat sambungan bersiri antara projektor dan komputer, anda boleh mengawal projektor menggunakan arahan RS-232C yang dihantar dari komputer. Untuk membuat sambungan bersiri antara projektor dan komputer Sambungkan projektor dengan komputer seperti yang ditunjukkan dalam ilustrasi di bawah.
Menggunakan Arahan Kawalan Bahagian ini menerangkan arahan yang digunakan untuk mengawal projektor dari komputer. Format Penghantaran Arahan Konfigurasikan port bersiri komputer anda dengan seting berikut. Protokol Komunikasi Kadar Data 19200 bps Bit Data 8 bit Pariti Tiada Bit Henti 1 bit Kawalan Aliran Tiada Hantar arahan ini apabila anda mahu maklumat tentang persediaan semasa projektor data.
Senarai Arahan z Hanya fungsi berikut disokong semasa projektor dimatikan. Jangan cuba hantar sebarang arahan lain kepada projektor. z Kuasa hidup/mati: Baca z Kuasa hidup: Tulis z Dapatkan masa nyala: Baca z Input isyarat yang sah mesti berlangsung untuk menggunakan arahan untuk menghidupkan skrin kosong atau menukar nisbah bidang.
Nama Arahan RW Pembetulan Pepasak: Menetapkan seting pembetulan pepasak sebagai nilai yang sepadan dengan seting “Pembetulan Pepasak” Menu Persediaan yang biasa di bawah. 0: Pembetulan Pepasak –60 60: Pembetulan Pepasak 0 120: Pembetulan Pepasak +60 Contoh: 65 di sini, menetapkan seting yang bersamaan dengan Pembetulan Pepasak +5. KST RW 0 hingga 120 Pembetulan Pepasak +: Meninggikan seting pembetulan pepasak semasa sebanyak 1.
MA1511-A