Panduan Pengguna

22
Seting Opsyen 2 3
Altitud Tinggi
Hidupkan atau matikan seting kelajuan kipas altitud tinggi mengikut altitud kawasan
tempat anda menggunakan projektor.
Hidup:Pilih seting ini apabila menggunakan projektor di kawasan altitud tinggi (1,500
hingga 3,000 meter di atas paras laut) di mana udara adalah nipis. Seting ini
meningkatkan kecekapan penyejukan.
Mati*: Pilih seting ini pada altitud biasa (sehingga 1,500 meter).
z Jangan gunakan projektor ini pada altitud lebih daripada 3,000 meter di
atas paras laut.
Seting Opsyen 2 3
Fungsi Pemasa
Memaparkan menu fungsi pemasa. Untuk butiran, lihat “Menggunakan Pemasa
Persembahan (TIMER)” (halaman 16).
Seting Opsyen 2 3
Pulihkan Lalai Menu
Kembalikan semua item di dalam menu utama “Seting Opsyen 2” kepada lalai awal
untuk sumber imej yang sedang ditayangkan.
Info Operasi (RCHD) Memaparkan maklumat projektor di bawah.
Isyarat Input, Nama Isyarat, Resolusi, Frekuensi Melintang, Frekuensi Menegak,
Sistem Imbasan, Masa Nyala, Versi (versi ROM projektor)
Pulihkan Semua Lalai 3
Masa Operasi Unit
Paparkan masa operasi terkumpul unit ini.
Masa ini tidak boleh diasalkan.
Pulihkan Semua Lalai 3
Pulihkan Semua Lalai
Asalkan semua seting item Menu Persediaan, kecuali yang di bawah.
Seting Opsyen 1 3 Bahasa, Seting Opsyen 1 3 Kata Laluan,
Info Operasi 3 Masa Nyala, Info Operasi 3 Versi,
Pulihkan Semua Lalai 3 Masa Operasi Unit
Gunakan item menu ini: Untuk melakukan ini: