TH/ID/MS/VI/AR DATA PROJECTOR XJ-V1/ XJ-V2
Kandungan Langkah-Langkah Keselamatan ............ MS-1 Panduan Cepat...................................... MS-13 Langkah Berjaga-Jaga Pengendalian ... MS-6 Spesifikasi.............................................. MS-14 Panduan Umum ..................................... MS-12 Mengeluarkan Semasa anda mengeluarkan projektor, semak untuk memastikan semua item yang tersenarai di bawah ada.
Langkah-Langkah Keselamatan Terima kasih kerana memilih produk CASIO ini. Pastikan anda membaca “Langkah-Langkah Keselamatan” ini sebelum menggunakannya. Setelah membaca Panduan Pengguna ini, simpan di tempat selamat untuk rujukan pada masa hadapan. Keterangan tentang simbol keselamatan Pelbagai simbol digunakan di dalam Panduan Pengguna ini dan pada produk itu sendiri untuk memastikan penggunaan selamat, dan untuk melindungi anda dan orang lain daripada risiko kecederaan dan kerosakan bahan.
Langkah-Langkah Keselamatan ● Kord kuasa + Penyalahgunaan kord kuasa mengakibatkan risiko kebakaran dan renjatan elektrik. Pastikan anda sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga seperti berikut. • Pastikan hanya aksesori yang dibekalkan bersama projektor digunakan. • Pastikan anda menggunakan sumber kuasa yang mempunyai voltan yang sama seperti yang dikhususkan untuk projektor. • Jangan bebankan salur keluar kuasa dengan terlalu banyak peranti. • Jangan tempatkan kord kuasa berhampiran dengan dapur.
Langkah-Langkah Keselamatan ● Menghapuskannya dengan membakar - ● Kabinet projektor Jangan sekali-kali cuba menghapuskan projektor dengan membakarnya. Berbuat demikian boleh menyebabkan letupan, yang mengakibatkan risiko kebakaran dan kecederaan diri. ● Pancaran cahaya projektor - • Jangan sekali-kali melihat terus ke dalam lensa, bolong masuk atau bolong ekzos semasa cahaya dihidupkan.
Langkah-Langkah Keselamatan ● Menggunakan projektor di atas pelantar beroda * Awas Apabila menggunakan projektor di atas pelantar beroda, pastikan anda kuncikan roda apabila tidak menggerakkan pelantar itu. ● Kilat Semasa berlaku ribut kilat, jangan sentuh palam kord kuasa projektor. ● Alat kawalan jauh ! + Jangan sekali-kali cuba merungkas atau ubah suai alat kawalan jauh dengan apa jua cara. Berbuat demikian mengakibatkan risiko renjatan elektrik, kecederaan terbakar, dan kecederaan diri yang lain.
Langkah-Langkah Keselamatan ● Pembuangan bateri Langkah Berjaga-Jaga Untuk Bateri * Bahaya Pastikan anda buang bateri yang telah digunakan mengikut peraturan dan undang-undang di tempat anda. + Jika berlaku kebocoran bateri alkali dan bendalir yang keluar termasuk ke dalam mata, lakukan langkah-langkah berikut dengan segera. 1. Jangan sekali-kali gosok mata! Bilas mata dengan air bersih. 2. Hubungi doktor dengan segera. Kegagalan mengambil tindakan segera boleh menyebabkan kehilangan penglihatan.
Langkah Berjaga-Jaga Pengendalian Perihal Unit Sumber Cahaya z Unit sumber cahaya projektor menggunakan laser dan LED. z Jangka hayat unit sumber cahaya dikadarkan lebih kurang 20,000 jam. Jangka hayat sebenar bergantung kepada keadaan, seting yang dikonfigurasikan pada menu persediaan, dan perbezaan antara setiap unit sumber cahaya. z Unit sumber cahaya dijamin untuk jangka masa yang dinyatakan di dalam sijil waranti atau selama 6,000 jam, mana-mana yang berlaku dahulu.
Langkah Berjaga-Jaga Pengendalian Projektor ini ialah peranti laser Kelas 2 yang mematuhi IEC 60825-1: 2007. z Projektor ini mempunyai modul laser terbina dalam. Penyahpasangan atau pengubahsuaian adalah sangat berbahaya dan tidak seharusnya dicuba. z Sebarang operasi atau pelarasan yang tidak diarahkan secara spesifik oleh panduan pengguna mengakibatkan risiko pendedahan radiasi laser yang berbahaya.
Langkah Berjaga-Jaga Pengendalian Salur Keluar Bolong • Salur keluar bolong menjadi sangat panas semasa tayangan. Jangan sekali-kali menyentuh atau membiarkan bolong tertutup. • Jangan sekali-kali memasukkan objek asing. Bahagian Bawah Pancaran Cahaya Projektor • Jangan sekali-kali menghadang output cahaya apabila lampu menyala. • Jangan sekali-kali melihat terus ke dalam lensa semasa cahaya dihidupkan. Perlu berhati-hati dan berwaspada apabila terdapat kanak-kanak.
Langkah Berjaga-Jaga Pengendalian Langkah Berjaga-Jaga Yang Lain Projektor ini dibuat daripada komponen ketepatan. Kegagalan untuk mengambil langkah berjaga-jaga ini boleh mengakibatkan ketidakupayaan untuk menyimpan data dengan selamat dan malfungsi. ● Jangan sekali-kali menggunakan atau menyimpan projektor di lokasi berikut. Berbuat demikian mengakibatkan risiko malfungsi dan kerosakan pada projektor.
Langkah Berjaga-Jaga Pengendalian Jika imej muncul semula dengan mesej ralat, betulkan masalah ini mengikut penerangan petunjuk di bawah “Petunjuk Ralat dan Mesej Amaran” di dalam Panduan Pengguna. ● Pembetulan Pepasak dan Kualiti Imej Melakukan pembetulan pepasak menyebabkan imej dimampatkan sebelum ia ditayangkan. Ini boleh mengakibatkan berlaku herotan pada imej atau pengurangan kualiti imej.
Langkah Berjaga-Jaga Pengendalian Langkah Berjaga-Jaga apabila Mengendalikan Projektor selepas Digunakan Bolong ekzos projektor dan kawasan sekitar bolong menjadi sangat panas semasa beroperasi, dan akan masih panas sebaik saja projektor dimatikan. Oleh itu, anda perlu pegang kedua-dua sisi projektor seperti yang ditunjukkan di dalam ilustrasi apabila mengalihkannya. Membersihkan Projektor z Bersihkan bahagian luaran projektor, lensa, bolong masuk dan bolong ekzos secara berkala dan tetap.
Panduan Umum Kekunci [INPUT] Kekunci [P] (Kuasa) Penunjuk POWER/STANDBY Bolong ekzos Petunjuk STATUS Bolong masuk Penerima isyarat alat kawalan jauh Gelang zum Bolong masuk Gelang fokus Lensa tayangan Terminal HDMI Terminal KOMPUTER Terminal AUDIO OUT Terminal AUDIO MASUK Penyambung kuasa Penerima isyarat alat kawalan jauh Port SERIAL Port SERVICE Lubang kunci antikecurian* * Lubang kunci anti-kecurian disediakan untuk sambungan rantai anti-kecurian.
Panduan Cepat Bahagian ini menerangkan aliran operasi sehinggalah tayangan bermula. Untuk lebih banyak operasi individu, lihat “Panduan Pengguna” (UsersGuide.pdf). 1. Masukkan bateri ke dalam alat kawalan jauh. ☞ “Untuk memuatkan bateri alat kawalan jauh” (Panduan Pengguna) 2. Tempatkan projektor di atas meja, atau tempat letak yang rata dan tegap, dan pastikan terdapat ruang yang mencukupi di sekelilingnya.
Spesifikasi Jika anda menghadapi masalah... Jika anda mengalami sebarang masalah semasa mengendalikan projektor atau jika anda rasa bahawa projektor tidak beroperasi dengan betul, rujuk bahagian “Penyelesaian Masalah” di dalam “Panduan Pengguna” (UsersGuide.pdf). Spesifikasi Nama Model XJ-V1 Cip Paparan XJ-V2 Cip DLP® × 1, sistem DLP® Sistem paparan Saiz Cip XGA 0.55 inci (Nisbah bidang: 4:3) Bilangan Piksel 786,432 (1024 × 768) Lensa Tayangan 1.1X zum manual, fokus manual F 2.4-2.54 / f 17.
Spesifikasi Nama Model Penggunaan Kuasa (100 hingga 240V) XJ-V1 XJ-V2 Aras Eko 1 apabila Mod Eko adalah “Hidup” 120W 130W Aras Eko 5 apabila Mod Eko adalah “Hidup” 70W 75W Apabila “Terang” dipilih untuk Mod Eko Mati 150W 165W Apabila “Normal” dipilih untuk Mod Eko Mati 135W 140W Penggunaan Kuasa Tunggu Sedia Anggaran Dimensi 100 hingga 120V: 0.12 W 220 hingga 240V: 0.23 W 269.5 (L) × 269.5 (D) × 88.5 (T) mm (Termasuk tayangan) Anggaran Berat 2.
Manufacturer: CASIO COMPUTER CO., LTD. 6-2, Hon-machi 1-chome, Shibuya-ku, Tokyo 151-8543, Japan Responsible within the European Union: Casio Europe GmbH Casio-Platz 1, 22848 Norderstedt, Germany www.casio-europe.
MA1705-B