User Manual

12
Operasi projektor dilakukan menggunakan alat kawalan jauh yang dibekalkan bersamanya. Halakan
pemancar isyarat alat kawalan jauh pada salah satu penerima isyarat pada projektor apabila anda
melakukan operasi kekunci alat kawalan jauh. Julat maksimum isyarat alat kawalan jauh ialah kira-kira
5 meter (antara pemancar dan penerima isyarat).
Untuk mengelakkan kehabisan bateri, simpan unit alat kawalan jauh agar kekuncinya tidak
ditekan secara tidak sengaja.
Spesifikasi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
Alat Kawalan Jauh
Pemancar isyarat alat kawalan jauh
Kunci [P]
Menghidupkan atau mematikan kuasa.
Kunci [ESC]
Tekan untuk keluar daripada menu yang sedang dipaparkan
atau untuk membatalkan operasi.
Kunci kursor (///), kunci [ENTER]
Gunakan kunci kursor untuk bergerak antara item menu, dan
untuk menukar nilai tetapan. Tekan kunci [ENTER] untuk
memilih item menu atau untuk melaksanakan fungsi.
Setiap satu daripada kunci ini mempunyai fungsi khusus yang
ditetapkan. Untuk butiran, lihat bahagian yang menerangkan
operasi kunci dalam “Mengendalikan Projektor” (halaman 14
hingga 35). Untuk maklumat tentang kunci [MENU],
contohnya, lihat “Menggunakan Menu Persediaan (MENU)”
(halaman 26).
Kunci-kunci ini digunakan dengan model rangkaian sahaja. La
digunakan terutamanya untuk operasi tayangan Pemapar Fail
(halaman 36).
E