User Manual

15
Untuk memilih sumber input
1.
Tekan kunci [INPUT].
2.
Pada kotak dialog “Input” yang muncul, gunakan kunci [INPUT], [] dan []
untuk memilih sumber input yang anda mahu dan tekan kunci [ENTER].
Jika anda tidak menekan kunci [ENTER],projektor akan menggunakan sumber input semasa
yang terpilih secara automatik selepas kira-kira 3 saat.
Nama sumber input yang anda pilih akan muncul di sudut kanan atas skrin projektor selama
beberapa saat.
Mesej “Tiada input isyarat” akan muncul jika tiada isyarat input boleh dikesan.
Untuk maklumat lanjut tentang operasi yang diperlukan untuk memilih “Rangkaian”, “Paparan
USB”, “Pemapar Fail”, atau “Alat USB CASIO” sebagai sumber input dan melakukan
penayangan, rujuk perkara berikut.
Bergantung kepada model projektor, resolusi videonya akan ditetapkan pada XGA (1024 × 768 piksel)
atau WXGA (1280 × 800 piksel). Imej mungkin kelihatan kasar, teks dan bentuk lain mungkin sukar
dibaca atau corak berombak mungkin muncul apabila isyarat input dari komputer tidak sepadan
dengan resolusi video projektor ini. Sekiranya ini berlaku, cuba lakukan yang berikut.
Tukar seting resolusi output komputer supaya ia sepadan dengan resolusi video projektor.
Untuk maklumat tentang resolusi video projektor anda, lihat “Spesifikasi” dalam Panduan
Persediaan. Lihat dokumentasi pengguna yang dibekalkan bersama komputer anda untuk butiran
mengenai cara menukar setingnya.
Tukar tetapan “Nisbah Bidang” ke “Benar” (Hanya terpakai pada model yang menyokong resolusi
video WXGA sahaja). Dengan tetapan “Benar”, projektor menayangkan isyarat input pada saiz
sebenar (1 titik sumber input setara dengan satu titik piksel output projektor).
Untuk maklumat tentang mengkonfigurasi tetapan Nisbah Bidang, lihat “Untuk mengubah nisbah
bidang imej yang ditayangkan (ASPECT)” (halaman 17).
Rangkaian: Panduan Fungsi Rangkaian yang Berasingan
Paparan USB: “Menayang dengan Fungsi Paparan USB” (halaman 61)
Pemapar Fail: “Menayang dengan Pemapar Fail” (halaman 36)
Alat USB CASIO: “Menayang Imej Skrin Kalkulator Graf” (halaman 66)
Resolusi