User Manual

24
Untuk mengkonfigurasi seting pemasa
1.
Tekan kunci [TIMER] untuk memaparkan menu fungsi pemasa.
2.
Gunakan kunci [] dan [] untuk memilih seting “Kedudukan”, “Paparan
Berterusan”, atau “Masa Mula” dan kemudian ubah seting seperti diterangkan di
dalam jadual di bawah.
3.
Untuk menyimpan seting anda dan menutup menu fungsi pemasa, tekan [ESC].
Untuk memulakan pemasa dengan segera selepas menukar seting, gunakan [] dan []
untuk memilih “Mula Pemasa” pada menu fungsi pemasa dan kemudian tekan kunci [ENTER]
sebelum menekan [ESC] dalam langkah di atas.
Untuk memulakan operasi pemasa kira detik
1.
Tekan kunci [TIMER] untuk memaparkan menu fungsi pemasa.
2.
Pilih “Mula Pemasa” dan kemudian tekan kunci [ENTER].
Ini akan menutup menu fungsi pemasa dan memulakan pengiraan detik pemasa.
Setelah pengiraan detik mencecah 00:00, ia akan memulakan operasi pengiraan detik
60-minit ke atas (daripada –00:01 ke –60:00). Angka pada paparan pemasa berwarna merah
(menunjukkan bahawa persembahan terlebih masa) semasa operasi pengiraan detik ke atas.
Untuk melakukan ini: Lakukan operasi ini:
Posisikan semula pemasa
pada imej yang ditayang
Pilih “Kedudukan”, dan kemudian gunakan kunci [] dan [] untuk memilih
satu daripada seting berikut: “Bawah Kanan”, “Atas Kanan”, “Atas Kiri”,
“Bawah Kiri” (Lalai awal: Bawah Kanan).
Dayakan atau nyahdayakan
paparan berterusan pemasa
Pilih “Paparan Berterusan”, dan kemudian gunakan kunci [] dan [] untuk
memilih sama ada “Hidup” atau “Mati” (Lalai awal: Mati).
Hidup: Sebaik saja pemasa dipaparkan, ia kekal terpapar sehingga anda
memaparkan kotak dialog yang berlainan atau anda menekan kunci
[ESC].
Mati: Pemasa hilang secara automatik kira-kira lima saat selepas ia
dipaparkan.
Menentukan masa mula kira
detik pemasa
Pilih “Masa Mula”, dan kemudian gunakan kunci [] dan [] untuk
menetapkan masa mula kira detik yang anda mahu.
Anda boleh tetapkan masa mula daripada lima hingga 60 minit, dalam langkah
lima-minit (Lalai awal: 20 minit).