User Manual

32
Operasi yang diterangkan di bawah boleh dilindungi kata laluan pada projektor. Anda hanya boleh ada
satu kata laluan diperuntukkan kepada projektor pada bila-bila masa dan kata laluan yang sama
digunakan untuk operasi.
Perlindungan permulaan projektor
Projektor boleh dikonfigurasi agar kotak dialog yang meminta kata laluan dimasukkan dipaparkan
apabila projektor dihidupkan. Dalam keadaan ini, operasi projektor selanjutnya tidak boleh
berlangsung kecuali kata laluan yang betul dimasukkan. Ini melindungi daripada penggunaan
projektor yang tidak dibenarkan.
Menggunakan storan dalaman projektor (model rangkaian sahaja)
Percubaan untuk mengakses fungsi storan dalaman projektor (halaman 37) daripada Menu
Persediaan menyebabkan kotak dialog kemasukan kata laluan muncul. Ini melindungi daripada
pemadaman atau penggantian fail dalam memori dalaman projektor secara tidak sengaja atau tidak
sah.
Gunakan seting “Hidup Kuasa dengan Kata Laluan” dan “Kata Laluan Storan Dalaman” untuk
menghidupkan atau mematikan perlindungan kata laluan untuk operasi di atas secara berasingan.
Ambil perhatian tentang langkah berjaga-jaga berikut apabila anda menggunakan ciri kata laluan.
Ciri kata laluan melindungi daripada penggunaan projektor yang tidak dibenarkan. Ambil perhatian
bahawa ia bukannya langkah antikecurian
.
Anda perlu memasukkan kata laluan lalai kilang asal apabila menggunakan projektor buat pertama
kali setelah menghidupkan ciri kata laluan. Tukar kata laluan lalai kilang asal kepada kata laluan lain
pilihan anda secepat mungkin selepas menghidupkan ciri kata laluan.
Jangan lupa bahawa operasi kata laluan sentiasa dilakukan menggunakan alat kawalan jauh, jadi
anda perlu berhati-hati agar tidak menghilangkan atau tersalah letak alat kawalan jauh itu.
Ambil perhatian juga bahawa anda tidak akan boleh memasukkan kata laluan jika bateri alat
kawalan jauh habis. Gantkan bateri alat kawalan jauh secepat mungkin setelah ia mula kehabisan.
Jika anda terlupa kata laluan anda...
Jika anda terlupa kata laluan, anda perlu membawa dua item berikut kepada pengedar CASIO anda
untuk mengosongkan kata laluan tersebut. Ambil perhatian bahawa anda akan dikenakan caj untuk
mengosongkan kata laluan tersebut.
Ambil perhatian bahawa pengedar CASIO anda tidak boleh mengosongkan kata laluan projektor
kecuali anda membawa kedua-dua item di atas.
Selain itu, simpan waranti projektor di tempat yang selamat.
Mengosongkan kata laluan anda melalui prosedur yang diterangkan di atas akan
mengembalikan semua seting projektor anda, kecuali Masa Nyala, kepada lalai kilang asal.
Simpan rekod bertulis kata laluan anda!
Anda tidak akan boleh menggunakan projektor jika anda terlupa kata laluannya. Kami amat
menyarankan agar anda menyimpan rekod bertulis kata laluan atau menggunakan cara lain untuk
menyimpannya supaya anda boleh mencarinya apabila perlu.
Perlindungan Kata Laluan
Menggunakan Ciri Kata Laluan
1. Pengenalan peribadi (salinan atau lesen memandu, I.D. pekerja, dsb yang asal)
2. Unit projektor