User Manual

41
Gunakan prosedur dalam bahagian ini apabila anda mahu menggunakan Pemapar Fail untuk
menayang fail imej, fail filem, fail persembahan atau fail PDF dari pemacu kilat USB atau peranti
memori lain.
Peranti Memori yang Disokong
Port USB-A Projektor Data menyokong sambungan peranti memori dengan format FAT/FAT32 yang
disokong oleh antara muka USB. Berikut adalah peranti memori yang disokong.
Pemacu kilat USB
Kad memori
Pembaca kad yang tersedia secara komersil diperlukan untuk menyambungkan kad memori ke
Projektor Data.
Kamera digital serasi kelas storan USB (Kelas Storan Massa USB)
Untuk menyambung pemacu kilat USB pada projektor
Sambungkan pemacu kilat USB pada port USB-A Projektor Data seperti di bawah.
Untuk menyambung kad memori pada projektor
1.
Masukkan kad memori ke dalam slot kad pembaca kad USB.
Untuk maklumat lanjut mengenai cara memasukkan kad memori ke dalam pembaca kad USB,
lihat dokumentasi pengguna yang dibekalkan bersama pembaca.
2.
Sambungkan pembaca kad USB pada port USB-A Projektor Data.
Menayang Fail dari Peranti Memori Bersambung melalui USB