User Manual

44
Menu Pemacu
Memasuki Mod Pembentangan, Mod Pemidang, Mod Slaid, atau Mod Filem semasa terdapat
berbilang peranti memori bersambung ke port USB-A Projektor Data (berbilang peranti pemacu kilat
USB yang bersambung melalui hub USB, berbilang kad memori dimuatkan dalam pembaca kad
memori yang bersambung ke Projektor Data, dsb) akan menyebabkan menu seperti yang ditunjukkan
di bawah muncul pada skrin tayangan.
Apabila ini berlaku, gunakan kunci kursor untuk menggerakkan penyerlah ke pemacu yang anda mahu
gunakan dan kemudian tekan kunci [ENTER]. Ini akan memaparkan menu fail untuk mod yang anda
masuki.
Projektor Data boleh mengecam sehingga empat pemacu.
Mesej “NOUSB” akan muncul dalam Menu Pemacu jika tiada peranti memori bersambung ke
port USB-A apabila anda melakukan Penukaran Pemacu ([FUNC] 3 “Penukaran Pemacu”
3 [ENTER]). Jika ini berlaku, lakukan Penukaran Pemacu sekali lagi untuk memulihkan skrin
terdahulu.