User Manual

56
EZ-Converter FA ialah perisian komputer untuk menukar fail PowerPoint ke fail ECA atau fail PtG,
yang boleh dimainkan semula mengunakan Pemapar Fail projektor. EZ-Converter FA menyokong
penukaran fail yang dicipta dengan Microsoft Office PowerPoint 2003, 2007 dan 2010.
Sebelum mencuba untuk menggunakan EZ-Converter FA, pastikan anda pergi ke laman web
CASIO (https://www.casio-intl.com/support/) dan semak maklumat di sana tentang keperluan
sistem komputer minimum, dan syarat yang dikenakan untuk memuat turun dan
menggunakannya.
Prosedur di bawah menganggap bahawa komputer anda sudah dipasangkan dengan
EZ-Converter FA.
Main semula dan tayangan fail ECA atau fail PtG biasanya akan dapat menghasilkan semula
peralihan, animasi dan kesan khas lain bagi fail PowerPoint asal kecuali untuk beberapa
pengecualian tertentu (diterangkan di bawah).
Memulakan operasi penukaran dengan EZ-Converter FA akan mengubah seting skrin
komputer anda buat sementara seperti yang ditunjukkan di bawah. Seting skrin akan kembali
semula kepada keadaan asal selepas operasi penukaran selesai.
Resolusi skrin fail ECA atau fail PtG akan menjadi resolusi yang ditetapkan oleh seting
EZ-Converter FA (800 × 600, 1024 × 768, 1280 × 768 atau 1280 × 800) apabila operasi
penukaran bermula. Untuk maklumat tentang cara mengkonfigurasi seting ini, lihat “Untuk
menentukan resolusi skrin fail ECA atau fail PtG” (halaman 59).
Menggunakan EZ-Converter FA untuk Menukar Fail
PowerPoing ke Fail ECA atau PtG
Penukaran objek OLE (filem, audio dsb.) dan objek VBA dalam fail PowerPoint tidak
disokong.
Penukaran operasi pemasa dan ulang dalam animasi fail PowerPoint tidak disokong.
Animasi dalam fail PowerPoint ditukar sehingga masa yang ditetapkan oleh “Untuk
menentukan masa paparan animasi maksimum” (halaman 59) dan semua animasi selepas
itu dipotong. Apabila sampai ke tempat di mana animasi ditukar semasa main semula fail
yang ditukar, main semula akan jeda, dan anda perlu menekan kunci [R] untuk
meneruskan ke langkah berikutnya.
Fail PowerPoint sumber dimainkan apabila anda menukar fail dengan EZ-Converter FA. Jika
tiada perubahan pada skrin selama tiga saat yang berturutan semasa main semula ini,
katakan antara Titik A dan B, contohnya, kesan pada Titik B dalam fail asal diabaikan dan
tidak ditukar. Apabila sampai ke Titik B semasa main semula fail yang diubah, main semula
akan jeda, dan anda perlu menekan kunci [R] untuk terus ke langkah berikutnya.
Sistem Pengendalian: Pertukaran:
Windows XP Resolusi skrin bertukar ke 800 × 600, 1024 × 768, 1280 × 768 atau
1280 × 800.
Pecutan perkakasan kad paparan dinyahdayakan.
Windows Vista atau
Windows 7
Resolusi skrin bertukar ke 800 × 600, 1024 × 768, 1280 × 768 atau
1280 × 800.
Windows bertukar kepada mod Asas (Windows Aero
TM
dinyahdayakan).
Windows 8 Resolusi skrin bertukar ke 800 × 600, 1024 × 768, 1280 × 768 atau
1280 × 800.
F