User Manual

57
Untuk menukar fail PowerPoint kepada fail ECA atau fail PtG
Sebelum melakukan apa-apa operasi yang dinyatakan di sini, anda perlu mempunyai fail yang
dibuat menggunakan Microsoft Office PowerPoint 2003, 2007 atau 2010 dalam simpanan.
Penukaran fail PowerPoint kepada fail ECA atau PtG memerlukan fail asal dimainkan semula
dari awal hingga akhir. Ambil perhatian bahawa masa yang diperlukan untuk penukaran
adalah lebih kurang sama dengan masa yang diperlukan untuk main semula.
1.
Hidupkan komputer anda dan mulakan Windows.
2.
Sambungkan pemacu kilat USB (atau kad memori) tempat anda mahu
menyimpan fail ECA atau fail PtG yang ditukar pada komputer anda.
Anda boleh melangkau langkah ini jika anda mahu menyimpan fail ECA atau fail PtG pada
cakera keras setempat komputer anda.
3.
Pada komputer anda, mulakan EZ-Converter FA.
Jika komputer anda menjalankan Windows Vista atau Windows 7, memulakan EZ-Converter
FA akan menyebabkan mesej “Kawalan Akaun Pengguna” muncul. Apabila ini berlaku, klik
[Allow] atau [Yes].
Ini akan memaparkan tetingkap EZ-Converter FA.
4.
Konfigurasikan seting berikut sebagaimana perlu.
Tentukan resolusi paparan skrin fail ECA atau fail PtG. Lihat “Untuk menentukan resolusi skrin
fail ECA atau fail PtG” (halaman 59).
Jika fail asal mengandungi animasi, tentukan masa paparan animasi maksimum. Lihat
“Untuk menentukan masa paparan animasi maksimum” (halaman 59).
5.
Klik butang pada bahagian atas tetingkap EZ-Converter FA.
Ini memaparkan kotak dialog untuk membuka fail.
6.
Pilih fail PowerPoint yang anda mahu tukar dan kemudian klik bebutang [Open].
Ini akan memaparkan kotak dialog seperti yang ditunjukkan di bawah untuk menetapkan
seting fail.
Butang tutup
Bebutang pemain
Bebutang tukar
Butang minimumkan