User Manual

58
7.
Konfigurasikan seting seperti diperlukan pada kotak dialog.
Yang berikut menerangkan maksud dan seting setiap item yang muncul pada kotak dialog.
8.
Selepas mengkonfigurasi semua seting yang anda mahu, klik [OK].
Ini akan memulakan main semula fail PowerPoint dan mula menukarnya kepada fail ECA atau
fail PtG.
Mesej “Conversion complete.” akan mucul apabila penukaran fail selesai.
JIka anda mempunyai fail PowerPoint lain yang mahu ditukar, ulang langkah 4 hingga 7.
Untuk menyemak kandungan fail ECA atau fail PtG, lakukan prosedur di bawah “Untuk main
semula fail ECA atau fail PtG pada komputer anda” (halaman 59).
9.
Selepas anda selesai menukar semua fail yang anda mahu, klik butang tutup di
sudut atas kanan tetingkap EZ-Converter FA.
Item Kotak
Dialog
Penerangan
Input File Menunjukkan nama fail PowerPoint yang dipilih dalam langkah 6. Seting bagi item ini
tidak boleh ditukar.
Output Drive Menunjukkan nama pemacu cakera boleh tanggal (pemacu kilat USB atau kad memori)
yang bersambung ke komputer dalam langkah 2. Apabila anda mempunyai berbilang
cakera boleh tanggal bersambung ke komputer anda, anda boleh klik butang [] dan
pilih nama pemacu di mana anda mahu simpan fail yang ditukar. Fail yang ditukar
disimpan dalam folder yang dinamakan ECA (jika ia adalah fail ECA) atau PtG (jika ia
adalah fail PtG) pada pemacu yang anda tentukan di sini.
Di bawah seting lalai awal, jika tiada cakera boleh alih disambungkan pada komputer,
fail yang terhasil akan disimpan dalam lokasi yang sama (pemacu dan folder) dengan
fail PowerPoint asal. Klik bebutang [Browse] dan tukar destinasi simpan, jika anda
mahu.
Output File Name Menunjukkan nama fail bagi fail yang ditukar, berserta laluan dari nama pemacu. Nama
fail adalah sama seperti nama fail PowerPoint kecuali nama sambungannya. Seting
bagi item ini tidak boleh ditukar.
ECA/PtG Menentukan format fail yang ditukar (Lalai: ECA).