User Manual

61
Menyambung projektor ke komputer dengan kabel USB* membolehkan tayangan kandungan skrin
komputer. Ini menyokong tayangan kandungan skrin walaupun bagi komputer kecil yang hanya
mempunyai satu port USB, tetapi tiada RGB, HDMI atau jenis terminal output video lain.
* Untuk menggunakan fungsi Paparan USB, sambungkan komputer pada port USB-B projektor.
Keperluan Sistem Komputer Minimum
Sistem Pengendalian yang Disokong
Windows XP SP3, Windows Vista SP1 (32bit), Windows 7 SP1 (32bit, 64bit), Windows 8/8.1 (64bit),
Windows 10, atau Mac OS (10.6, 10.7, 10.8, 10.9)
Namun, ambil maklum, bahawa fungsi mungkin dihadkan oleh sistem operasi yang digunakan.
Untuk maklumat terkini tentang persekitaran operasi, kunjungi laman web CASIO.
Dilengkapkan dengan port Jenis A USB (USB 2.0 atau USB 3.0).
Log masuk ke Windows dengan keistimewaan pentadbir untuk menggunakan fungsi paparan
USB. Anda tidak akan dapat menggunakan paparan USB jika anda log masuk ke Windows
dengan akaun bukan pentadbir.
Operasi yang anda perlu lakukan kali pertama anda bersambung pada komputer untuk menayang
kandungan paparannya (diterangkan di bawah) bergantung pada sama ada komputer menjalankan
Windows atau Mac OS. Selepas itu, gunakan prosedur di bawah “Untuk menayang kandungan skrin
komputer melalui sambungan USB buat kali pertama” (halaman 65), yang sama untuk mana-mana
sistem pengendalian.
Lakukan salah satu prosedur di bawah, bergantung pada sistem pengendalian komputer anda.
Menayang dengan Fungsi Paparan USB
Gambaran Keseluruhan Fungsi Paparan USB
Menayang Kandungan Skrin Komputer Melalui Sambungan
USB