User Manual

63
Untuk menayang kandungan skrin komputer Mac OS melalui
sambungan USB buat kali pertama
1.
Tekan kunci [INPUT]. Ini akan memaparkan kotak dialog “Input”.
2.
Gunakan kunci [] dan [] untuk memilih “Paparan USB” dan kemudian tekan
kunci [ENTER].
Ini akan menyebabkan skrin tunggu sedia “Paparan USB” ditayangkan.
3.
Semasa komputer anda berjalan, gunakan kabel USB yang boleh didapati secara
komersil untuk menyambungkan port USB-B projektor pada port USB komputer
anda.
Lokasi port USB-B projektor ini ditunjukkan oleh “*2” dalam ilustrasi di bawah “Menyambung
Kabel Projektor” (halaman 11).
Ini akan menyebabkan ikon pemacu yang dinamakan “USB_DISPLAY” muncul pada skrin
komputer anda.
4.
Dwiklik ikon pemacu “USB_DISPLAY” untuk membukanya.
5.
Dwiklik “MAC_USB_Display_V2.pkg” dan ikut arahan yang muncul pada paparan
untuk memasang aplikasi.
Mesej yang menggesa anda memulakan semula komputer anda akan muncul selepas
pemasangan lengkap. Mulakan semula komputer anda. Setelah permulaan semula selesai,
anda akan nampak ikon CASIO USB Display dalam Dok.
6.
Dalam Dok, klik ikon CASIO USB Display.
CASIO USB Display juga akan bermula dan memaparkan kotak dialog perjanjian pelesenan.
7.
Pada kotak dialog perjanjian pelesenan, pilih “Saya setuju” dan kemudian klik
[OK].
Ini akan memaparkan tetingkan seperti yang ditunjukkan di bawah pada komputer anda. Pada
masa yang sama, tayangan kandungan skrin komputer akan bermula.
Untuk maklumat mengenai jenis operasi yang boleh dilakukan pada masa ini, lihat “Operasi
yang Disokong semasa Tayangan melalui sambungan USB” (halaman 64).
Perisian Pemacu Tambahan Mac OS
Dengan Mac OS, penggunaan beberapa bahagian CASIO USB Display memerlukan pemasangan
perisian pemacu yang ditunjukkan dalam jadual di bawah. Perisian pemacu adalah sama dengan
perisian yang digunakan untuk Sambungan Rangkaian. Anda boleh memuat turun perisian itu
daripada halaman muat turun Sambungan Rangkaian di laman web CASIO
(https://www.casio-intl.com/support/).
Untuk menggunakan fungsi ini: Pasang perisian pemacu ini:
Fungsi output audio Sound flower
Fungsi output desktop diperluas Syphon-virtual-screen
F