User Manual

7
Ciri dan Fungsi Berguna
Sumber Cahaya Hibrid bebas-Merkuri
Laser asli CASIO dan sumber cahaya hibrid LED membolehkan lunminans yang tinggi, penggunaan
kuasa yang rendah, dan kos pengendalian yang rendah. Projektor ini tidak menggunakan lampu
merkuri, menjadikannya mesra alam.
Tayangan tanpa perlu menunggu
Sumber cahaya hidbrid CASIO mencapai kecerahan yang maksimum dengan serta merta selepas
kuasa dihidupkan, berbanding dengan masa menunggu lebih kurang satu minit yang biasanya
diperlukan dengan lampu merkuri. Sumber cahaya akan mencapai kecerahan maksimum dengan
segera jika anda hidupkan kembali sejurus selepas anda mematikannya. Lampu merkuri
memerlukan masa menunggu yang lebih lama dalam kes ini untuk menyejuk.
Pelarasan cahaya yang pantas dan mudah (Kawalan Cahaya Pantas)
Operasi kunci yang mudah melaraskan output cahaya dengan segera kepada satu daripada tujuh
tahap.
Sokongan untuk Tiga Sumber Input
RGB analog, video komponen (Y·Cb·Cr, Y·Pb·Pr), dan sumber input HDMI disokong.
Pembetulan Pepasak Menegak
Pelajarasan manual untuk membetulkan pepasakan menegak (herotan bentuk imej yang
ditayangkan yang disebabkan oleh penayangan daripada bawah atau atas permukaan tayangan)
dan mengembalikan imej tayangan kepada bentuk segi empat.
Terminal AUDIO OUT untuk Output Audio
Input audio melalui terminal HDMI projektor atau terminal AUDIO IN ialah output daripada terminal
AUDIO OUT. Pembesar suara amp atau peralatan lain boleh disambungkan ke terminal AUDIO OUT
apabila anda mahu outputkan audio daripada peranti lain melalui projektor.
Dilekapkan Pada Siling dan Sokongan Tayangan Belakang
Projektor boleh dikonfigurasi untuk menayangkan imej berorientasi biasa walaupun apabila
dipasangkan secara terbalik (untuk tayangan daripada siling) atau apabila ditayangkan daripada
belakang skrin.
Hidup Kuasa Terus
Projektor boleh dikonfigurasikan untuk dihidupkan secara automatik dan memulakan tayangan
sebaik saja ia dipasangkan pada salur keluar kuasa.
Kemas kini perisian tegar
Kemas kini perisian tegar (perisian dalam ROM denyar projektor) boleh dipindahkan ke projektor
dari komputer jika perlu.
XJ-V10X/XJ-V100W/XJ-V110W