User Manual

70
Periksa item berikut apabila anda mengalami sebarang masalah dengan projektor.
POWER : Merah stabil Projektor dimatikan secara automatik kerana unit sumber cahaya
dimatikan atau tidak dihidupkan. Selepas mengesahkan bahawa
penunjuk POWER/STANDBY menyala merah (tanpa berkelip), cabut kord
kuasa. Tunggu seketika dan kemudian pasangkan balik palam dan
hidupkan projektor sekali lagi.
Jika ralat berlaku lagi apabila anda menghidupkan balik kuasa, hubungi
peruncit anda atau Pusat Servis CASIO yang sah.
STATUS : Merah berkelip
(selang masa 0.5 saat)
Mesej :
POWER : Merah stabil Kuasa telah dimatikan secara automatik disebabkan oleh ralat memori
projektor. Sahkan bahawa penunjuk POWER/STANDBY menyala merah
(tanpa berkelip). Setelah memeriksa penunjuk POWER/STANDBY, cabut
kord kuasa daripada projektor dan tunggu sehingga semua penunjuk
projektor padam. Kemudian, sambungkan kembali kord kuasa dan
hidupkan balik projektor.
Jika ralat berlaku lagi apabila anda menghidupkan balik kuasa, hubungi
peruncit anda atau Pusat Servis CASIO yang sah.
STATUS : Merah berkelip
(selang masa 2-saat atau
1-saat)
Mesej :
Penyelesaian Masalah Projektor
Masalah Penyebab dan Saranan Tindakan
Kuasa tidak hidup. Jika penunjuk POWER/STANDBY tidak menyala, kord kuasa AC tidak bersambung
dengan betul. Sambungkan kord kuasa AC dengan betul.
Jika penunjuk POWER/STANDBY menyala merah dan penunjuk STATUS menyala
(atau berkelip) merah atau ambar, ia bermaksud jenis ralat tertentu telah berlaku.
Lihat “Petunjuk Ralat dan Mesej Amaran” (halaman 69).
Tiada imej ditayangkan
atau imej yang
ditayangkan tidak normal.
Peranti komputer atau video yang bersambung kepada projektor tidak dihidupkan
atau tidak mengeluarkan isyarat video. Pastikan peranti komputer atau video yang
bersambung dihidupkan, dan lakukan operasi yang diperlukan padanya untuk
mengeluarkan isyarat video.
Sumber output yang betul tidak dipilih pada projektor. Pada projektor, pilih sumber
input yang betul yang berpadanan dengan peranti yang bersambung.
Imej mungkin tidak ditayangkan dengan betul apabila terminal output komponen
peranti video bersambung dengan terminal KOMPUTER projektor.
Warna atau paparan imej
sangat tidak normal.
Pilihan yang salah (“Komponen” atau “RGB”) mungkin dipilih untuk seting “Seting
Input Terminal KOMPUTER” pada menu persediaan. Imej tidak akan ditayangkan
dengan betul jika “Komponen” dipilih semasa terminal KOMPUTER projektor
bersambung ke terminal output RGB komputer, atau jika “RGB” dipilih semasa
terminal KOMPUTER projektor bersambung ke terminal output video komponen
peranti video. Pada menu persediaan, pilih “Auto” untuk seting “Seting Input
Terminal KOMPUTER”. Lihat halaman 28.
Saya tidak dapat
memahami mesej atau
menu kerana bahasanya
salah.
Lakukan operasi berikut untuk memilih bahasa yang anda mahu. Lihat halaman 29.
1. Tekan kunci [MENU] atau untuk memaparkan menu persediaan.
2. Jika isyarat input ialah HDMI (PC), tekan [] empat kali dan tekan kunci [ENTER].
Jika isyarat input bukan HDMI (PC), tekan [] lima kali dan tekan kunci [ENTER].
3. Tekan [] dua kali dan kemudian tekan kunci [ENTER] untuk memaparkan menu
pemilihan bahasa.
4. Gunakan kunci [] dan [] untuk menggerakkan penyerlah ke bahasa yang anda
mahu pilih dan kemudian tekan kunci [ENTER].
5. Tekan kunci [MENU] untuk keluar daripada menu persediaan.
Penunjuk/Mesej Ralat Keterangan dan Tindakan yang Diperlukan