User Manual

84
Menggunakan Arahan Kawalan
Bahagian ini menerangkan arahan yang digunakan untuk mengawal projektor dari komputer.
Format Penghantaran Arahan
Lihat “Senarai Arahan” untuk butiran tentang nama arahan dan seting.
Semua arahan menggunakan aksara ASCII dan integer berformat perpuluhan.
Projektor akan mengembalikan tanda soal (?) apabila ia menerima arahan yang ia tidak kenali.
Selain itu, sebarang arahan yang cuba untuk menetapkan nilai di luar julat berkaitan yang
dibenarkan akan diabaikan.
Jika projektor melakukan proses yang dimulakan oleh arahan yang dihantar sebelum ini, operasi
utama projektor, atau operasi utama alat kawalan jauh, penghantaran arahan seterusnya mesti
menunggu sehingga projektor melengkapkan proses terdahulu.
Protokol
Komunikasi
Konfigurasikan port bersiri komputer anda dengan seting berikut.
Kadar Data 19200 bps
Bit Data 8 bit
Pariti Tiada
Bit Henti 1 bit
Kawalan Aliran Tiada
Arahan Baca
Hantar arahan ini apabila anda mahu maklumat tentang persediaan semasa projektor data.
Format Hantar (<command name>?)
Format Terima (<applicable command setting range>,<current setting>)
Contoh Hantar
Arahan
dihantar daripada komputer ke projektor.
4
dikembalikan daripada projektor ke komputer.
Arahan Tulis
Hantar arahan ini untuk mengawal projektor data (kuasa hidup/mati, dsb) dan untuk menulis
data kepadanya.
Format Hantar (<command name><setting value>)
Contoh Hantar
Arahan
dihantar daripada komputer ke projektor
4
Seting kelantangan projektor menjadi 0.
(
VOL ?
)
(
0
-
30,15
)
(
VOL 0
)