User Manual

9
Model rangkaian termasuk semua ciri XJ-F10X dan XJ-F100W (halaman 8) bersama dengan model
yang diterangkan di bawah.
Tayangan imej, filem, dan fail jenis lain (Pemidang Fail)
Pemidang Fail projektor boleh digunakan untuk membuka dan menayangkan jenis fail berikut yang
terdapat di dalam memori dalaman projektor atau di dalam pemacu denyar USB yang bersambung
ke projektor: fail imej (JPG, PNG, GIF, BMP), fail filem (AVI, MOV, MP4), fail pembentangan (ECA,
PtG), fail PDF.
Tayangan kandungan skrin computer melalui sambungan USB (Paparan USB)
Menyambungkan projektor ke komputer menggunakan kabel USB mendayakan tayangan
kandungan skrin komputer. Ini menyokong tayangan kandungan skrin walaupun bagi komputer
kecil yang hanya mempunyai satu port USB, tetapi tiada RGB, HDMI atau jenis terminal output
video lain.
Sambungan Kalkulator Fungsi Saintifik Grafik
Model kalkulator saintifik grafik CASIO tertentu boleh disambungkan secara terus ke port USB-A
projektor untuk menayangkan kandungan skrin kalkulator.
Bekalan kuasa ke peralatan luaran
Port USB-A/5V DC (juga boleh berfungsi sebagai port hos USB) mendayakan bekalan kuasa ke
peralatan luaran.
Tayangan imej daripada komputer atau peranti pintar melalui sambungan LAN wayarles*
Projektor dikonfigurasikan sebagai titik akses, komputer atau peranti pintar boleh bersambung
secara terus kepadanya melalui sambungan LAN wayarles. Atau komputer atau peranti pintar boleh
bersambung melalui sambungan LAN wayarles menggunakan titik capaian LAN wayarles sedia ada.
Kedua-dua output skrin dan output audio disokong semasa komputer disambungkan.
Kawalan projektor menggunakan komputer atau peranti pintar melalui sambungan LAN
wayarles*
Projektor boleh dikawal daripada komputer atau peranti pintar yang bersambung kepadanya
melalui sambungan LAN wayarles.
Tayangan kandungan skrin komputer yang bersambung melalui LAN berwayar*
Kabel LAN boleh digunakan untuk sambungan terus antara projektor dan komputer, atau
sambungan LAN boleh dilakukan melalui penghala rangkaian sedia ada. Sebaik saja sambungan
diwujudkan, kedua-dua output skrin dan output audio disokong.
Kawalan jauh projektor daripada komputer yang bersambung melalui LAN berwayar*
Operasi kawalan projektor boleh dilakukan dari jauh menggunakan pelayar web komputer yang
bersambung melalui sambungan LAN berwayar.
* Untuk butiran tentang sambungan LAN, lihat “Panduan Fungsi Rangkaian” yang berasingan.
Resolusi WXGA
Menyokong resolusi tayangan skrin-lebar (1280
× 800) WXGA. Resolusi ini sesuai digunakan untuk
menayang komputer riba skrin lebar dan imej TV HD.
XJ-F20XN/XJ-F200WN/XJ-F210WN (Network Models)
XJ-V100W/XJ-V110W/XJ-F100W/XJ-F200WN/XJ-F210WN
(WXGA Models)