User Manual

Langkah Berjaga-Jaga Pengendalian
MS-10
Jangan sekali-kali mendedahkan projektor pada impak kuat ketika ia sedang
beroperasi.
Jika projektor mengalami impak kuat secara tidak sengaja, imej tayangan akan hilang buat sementara.
Imej akan muncul semula selepas beberapa ketika, tetapi ia mungkin mempunyai warna yang salah atau
ia mungkin memaparkan mesej ralat.
Jika imej yang ditayangkan mempunyai warna yang salah, pilih semula sumber input semasa. Jika ini
tidak mengembalikan warna yang betul pada imej yang ditayangkan, matikan projektor dan kemudian
hidupkannya semula.
Jika imej muncul semula dengan mesej ralat, betulkan masalah ini mengikut penerangan petunjuk di
bawah “Petunjuk Ralat dan Mesej Amaran” di dalam Panduan Pengguna.
Pembetulan Pepasak dan Kualiti Imej
Melakukan pembetulan pepasak menyebabkan imej dimampatkan sebelum ia ditayangkan. Ini boleh
mengakibatkan berlaku herotan pada imej atau pengurangan kualiti imej. Jika ini berlaku, tukar orientasi
projektor dan/atau skrin supaya ia mematuhi ilustrasi di bawah “Menyediakan Projektor” di dalam
Panduan Pengguna sebanyak mungkin.
Jika kualiti imej merupakan keutamaan tertinggi, matikan pembetulan pepasak dan tetapkan kedudukan
projektor supaya ia tertumpu terus ke skrin.
Jika sekali pun projektor anda masih di dalam tempoh waranti, anda akan dikenakan bayaran untuk
membaik pulih jika masalah disebabkan oleh penggunaan projektor tanpa henti dalam jangka masa
panjang (seperti 24 jam) atau jika projektor disediakan dan digunakan tanpa mengikut “Langkah
Berjaga-Jaga Persediaan” di dalam Panduan Pengguna.
Penggunaan di dalam keadaan suhu persekitaran yang tinggi atau persekitaran yang terdedah kepada
habuk, asap minyak, asap tembakau, atau asap lain yang banyak boleh memendekkan kitaran
penggantian dan memerlukan penggantian enjin optikal dan komponen lain yang lebih kerap. Sila
ambil perhatian bahawa anda akan dikenakan bayaran untuk penggantian seperti itu. Untuk
mendapatkan maklumat lanjut tentang kitaran penggantian dan yuran, hubungi pusat servis CASIO
yang bertauliah.
Pemeluwapan
Memindahkan projektor dari bilik sejuk ke bilik panas, menghidupkan pemanas dalam bilik sejuk, dan
keadaan serupa yang lain boleh menyebabkan pemeluwapan (berkabus) untuk berlaku pada lensa
projektor dan/atau di dalam projektor, yang akan menjadikan imej yang dipancarkan kelihatan tidak
fokus dan boleh menyebabkan malfungsi dan masalah lain. Jika ini berlaku, matikan projektor dan
tunggu sebentar sehingga pemeluwapan itu hilang sendiri. Apabila ia hilang, anda boleh pancarkan imej
seperti biasa.
Bekalan Kuasa ke Kelengkapan Luaran (Siri XJ-F Sahaja)
Mematikan kuasa projektor juga akan memutuskan kuasa yang sedang dibekalkan ke kelengkapan
luaran. Ambil perhatian bahawa kuasa yang dibekalkan juga diputuskan apabila projektor dimatikan
kerana mula semula melalui fungsi periksa sendiri atau Kuasa Mati Auto, disebabkan oleh sesetengah
ralat, atau untuk sebarang sebab lain. Bergantung kepada kelengkapan luaran yang sedang digunakan,
bekalan kuasa yang putus boleh menyebabkan data yang sedang di edit hilang atau rosak. Jadikan
kebiasaan untuk menyimpan data dengan kerap dalam kelengkapan luaran yang dikuasakan oleh
projektor. Ambil perhatian bahawa CASIO COMPUTER CO., LTD. tidak bertanggungjawab ke atas
sebarang kehilangan atau kerosakan data.
Patuhi langkah berjaga-jaga di bawah. Kegagalan berbuat demikian boleh
menyebabkan bateri meletup atau kebocoran cecair atau gas mudah terbakar.
*
Langkah Berjaga-jaga Bateri
Guna jenis bateri yang dikhususkan untuk produk ini sahaja.
Jangan bakar atau hapuskan bateri dalam insinerator, atau melalui penghancuran atau
pemotongan mekanikal.
Jangan biarkan bateri terdedah kepada suhu yang teramat tinggi atau rendah semasa digunakan,
disimpan atau dipindahkan.
Jangan biarkan bateri terdedah kepada tekanan biometrik yang teramat rendah semasa digunakan,
disimpan atau dipindahkan.
D