User Manual

MS-11
Langkah Berjaga-Jaga Pengendalian
Bolong ekzos projektor dan kawasan sekitar bolong menjadi
sangat panas semasa beroperasi, dan akan masih panas sebaik
saja projektor dimatikan. Oleh itu, anda perlu pegang kedua-dua
sisi projektor seperti yang ditunjukkan di dalam ilustrasi apabila
mengalihkannya.
Bersihkan bahagian luaran projektor, lensa, bolong masuk dan bolong ekzos secara berkala dan
tetap.
Apabila membersihkan lensa, jangan kenakan tekanan yang berlebihan dan berhati-hati untuk
mengelak daripada merosakkannya.
Habuk dan kotoran mudah terkumpul di sekitar bolong masuk. Oleh sebab ini, anda perlu
menggunakan pembersih vakum untuk membersihkan habuk dan kotoran secara berkala (sekitar
sekali sebulan).
Penggunaan projektor yang berterusan setelah habuk terkumpul di sekitar bolong masuk boleh
menyebabkan kepanasan berlebihan pada komponen dalaman dan menyebabkan malfungsi.
Keadaan operasi tertentu juga boleh menyebabkan kotoran dan habuk berkumpul di sekitar bolong
ekzos projektor. Jika ini berlaku, gunakan prosedur yang sama seperti yang diterangkan di atas untuk
membersihkan bolong ekzos.
Langkah Berjaga-Jaga apabila Mengendalikan Projektor
selepas Digunakan
Membersihkan Projektor