User Manual

Langkah-Langkah Keselamatan
MS-2
Kord kuasa
Penyalahgunaan kord kuasa
mengakibatkan risiko kebakaran dan
renjatan elektrik.
Pastikan anda sentiasa mengambil
langkah berjaga-jaga seperti berikut.
Pastikan hanya aksesori yang dibekalkan
bersama projektor digunakan.
Pastikan anda menggunakan sumber kuasa yang
mempunyai voltan yang sama seperti yang
dikhususkan untuk projektor.
Jangan bebankan salur keluar kuasa dengan
terlalu banyak peranti.
Jangan tempatkan kord kuasa berhampiran
dengan dapur.
Jangan gunakan kord kuasa yang dibekalkan
bersama projektor dengan sebarang peranti lain.
Jangan berkongsi salur keluar yang
membekalkan kuasa kepada projektor dengan
peranti lain. Jika anda menggunakan kord
penyambung, pastikan kadar ampere kord
penyambung itu sesuai dengan nilai penggunaan
kuasa projektor ini.
Jangan sekali-kali menggunakan kord kuasa
dalam keadaan ia masih berikat.
Gunakan salur keluar kuasa yang berhampiran
supaya anda dapat mencapainya dengan mudah
apabila anda perlu mencabut palam projektor.
Kord kuasa yang rosak mengakibatkan
risiko kebakaran dan renjatan elektrik.
Pastikan anda sentiasa mengambil
langkah berjaga-jaga seperti berikut.
Jangan sekali-kali meletakkan objek berat di atas
kord kuasa dan jangan sekali-kali
mendedahkannya kepada haba.
Pastikan kord kuasa tidak terjepit di antara
dinding dan rak atau meja di mana projektor
ditempatkan, dan jangan sekali-kali menutup
kord kuasa dengan kusyen atau objek lain.
Jangan sekali-kali cuba ubahsuai kord kuasa,
membiarkannya rosak, atau membengkokkannya
secara keterlaluan.
Jangan pulas kord kuasa atau menariknya.
Jangan sekali-kali menyentuh kord kuasa
atau palam semasa tangan anda basah.
Berbuat demikian mengakibatkan risiko
renjatan elektrik.
Apabila menggunakan projektor ini di negara di
mana anda membelinya, pastikan anda
menggunakan kord kuasa yang dibekalkan
bersamanya. Apabila menggunakan projektor di
negara lain, pastikan anda membeli dan
menggunakan kord kuasa yang sesuai dengan
voltan negara tersebut. Pastikan juga anda peka
kepada Piawaian Keselamatan yang terpakai di
negara itu.
Apabila hendak keluar, pastikan projektor
berada di lokasi yang jauh daripada
binatang peliharaan dan binatang lain,
dan cabut palam kuasa dari salur keluar
kuasa. Kord kuasa yang rosak kerana
dikunyah boleh menyebabkan litar pintas,
dan mengakibatkan risiko kebakaran.
Air dan bahan asing
Jangan sekali-kali membiarkan projektor
terkena air. Air mengakibatkan risiko
kebakaran dan renjatan elektrik.
Jangan sekali-kali meletakkan pasu atau
bekas air yang lain di atas projektor. Air
mengakibatkan risiko kebakaran dan
renjatan elektrik.
Air atau cecair lain, atau bahan asing
(logam, dsb) yang memasuki projektor
mengakibatkan risiko kebakaran dan
renjatan elektrik. Jika sesuatu benda
termasuk ke dalam projektor, lakukan
langkah-langkah berikut dengan segera.
Penyahpasangan dan
pengubahsuaian
Jangan sekali-kali cuba merungkas atau
ubahsuai projektor dengan apa jua cara.
Projektor mengandungi banyak
komponen bervoltan tinggi yang
mengakibatkan risiko renjatan elektrik
dan kecederaan terbakar. Dan, sila ambil
perhatian bahawa masalah yang
disebabkan oleh penyahpasangan atau
pengubahsuaian projektor yang tidak
dibenarkan tidak dilindungi oleh waranti
dan tidak layak untuk diperbaiki oleh
CASIO.
Pastikan pemeriksaan dalaman, pelarasan, dan
pembaikan dilakukan oleh pengedar asal anda
atau pusat servis CASIO yang bertauliah.
Jatuh dan impak
Penggunaan projektor yang berterusan
setelah rosak kerana jatuh atau
pengendalian yang kasar mengakibatkan
risiko kebakaran dan renjatan elektrik.
Lakukan langkah-langkah berikut dengan
segera.
+
-
"
1.
Matikan projektor.
2.
Cabut palam projektor.
3.
Hubungi penjual asal atau pusat servis CASIO
yang bertauliah.
1.
Matikan projektor.
2.
Cabut palam projektor.
3.
Hubungi penjual asal atau pusat servis CASIO
yang bertauliah.