User Manual

MS-5
Langkah-Langkah Keselamatan
Langkah Berjaga-Jaga Untuk Bateri
Penyalahgunaan bateri boleh menyebabkannya
bocor dan meninggalkan kesan kotoran di
kawasan sekitarnya, atau meletup, dan
mengakibatkan risiko kebakaran serta kecederaan
diri. Pastikan anda sentiasa mengambil langkah
berjaga-jaga seperti berikut.
Penyalahgunaan bateri boleh menyebabkannya
bocor dan meninggalkan kesan kotoran di
kawasan sekitarnya, atau meletup, dan
mengakibatkan risiko kebakaran serta kecederaan
diri. Pastikan anda sentiasa mengambil langkah
berjaga-jaga seperti berikut.
Bateri habis
Pastikan anda keluarkan bateri dari alat kawalan
jauh sebaik saja ia habis.
Pembuangan bateri
Pastikan anda buang bateri yang telah digunakan
mengikut peraturan dan undang-undang di tempat
anda.
Magnetisme
Projektor ini mempunyai magnet di
dalamnya. Disebabkan ini, ia tidak
seharusnya digunakan di kawasan yang
terdapat sesiapa yang memakai perentak
jantung atau sebarang peranti perubatan
elektronik yang lain. Jika sebarang
masalah timbul, gerakkan projektor jauh
daripada individu yang mengalami
masalah dan hubungi doktor.
Jauhkan projektor dari cakera liut, kad
magnet, pita magnet, kad prabayar, cek
dan sebarang media lain yang
menggunakan rakaman magnet.
Projektor boleh merosakkan data yang
terakam pada media magnet.
Lain-lain
Membiarkan habuk terkumpul di dalam projektor
dengan tidak membersihkannya untuk jangka
masa panjang mengakibatkan risiko kebakaran
dan kemalangan, dan boleh menyebabkan
kehilangan kekilauan tayangan. Hubungi pengedar
asal anda atau pusat servis CASIO yang bertauliah
sekali setahun untuk membersihkan bahagian
dalaman projektor. Ambil perhatian bahawa anda
akan dikenakan bayaran untuk pembersihan itu.
Pastikan anda mematuhi semua
undang-undang dan peraturan
tempatan yang dikenakan dan jangan
merungkas projektor apabila
membuangnya.
Bahaya
Jika berlaku kebocoran bateri alkali dan
bendalir yang keluar termasuk ke dalam
mata, lakukan langkah-langkah berikut
dengan segera.
1.
Jangan sekali-kali gosok mata! Bilas mata
dengan air bersih.
2.
Hubungi doktor dengan segera. Kegagalan
mengambil tindakan segera boleh
menyebabkan kehilangan penglihatan.
Amaran
Jangan sekali-kali cuba merungkas
bateri dan jangan biarkan berlaku
pintasan pada bateri itu.
Jangan sekali-kali dedahkan bateri
kepada haba atau campakkannya ke
dalam api.
Jangan sekali-kali campurkan bateri
lama dengan yang baru.
Jangan sekali-kali campurkan bateri
yang berlainan jenis.
Jangan sekali-kali cuba mengecas
bateri.
Pastikan bateri diorientasikan dengan
betul apabila anda memuatkannya.
Awas
Hanya gunakan jenis bateri yang
dikhususkan untuk alat kawalan jauh itu.
Keluarkan bateri daripada alat kawalan
jauh jika anda tidak berhasrat untuk
menggunakannya untuk jangka masa
yang lama.
*
+
*
-
+
*
-
+
Awas
Awas
*
*