CN/JA/EN/DE/FR/ES/IT/SV/RU/PT/TR/NL/PL/FI/CS/NO/LT/TH/ID/MS/VI/TW/KO/AR Wall Mount Bracket YM-80 日本語 取扱説明書 Suomi Käyttäjän opas English User’s Guide Deutsch Bedienungsanleitung Français Mode d’emploi Español Guía del usuario Italiano Guida dell’utilizzatore Svenska Instruktionshäfte Português Guia do Usuário Nederlands Gebruiksaanwijzing Norsk Bruksanvisning
Pendakap Lekapan Dinding YM-80 Panduan Pengguna z Pastikan anda menyimpan semua dokumentasi pengguna dengan selamat untuk rujukan pada masa hadapan. z Bagi mendapatkan versi terkini manual ini, kunjungi laman web di URL di bawah. http://world.casio.com/manual/projector/ Kandungan Langkah-Langkah Keselamatan ............ MS-2 Memasang Penutup .............................. MS-18 Langkah Berjaga-Jaga Pengendalian ... MS-3 Pemeriksaan Berkala............................ MS-19 Mengeluarkan ................
Langkah-Langkah Keselamatan Terima kasih kerana memilih produk CASIO ini. Pastikan anda membaca “Langkah-Langkah Keselamatan” ini sebelum menggunakannya. Setelah membaca Panduan Pengguna ini, simpan di tempat selamat untuk rujukan pada masa hadapan. Keterangan tentang simbol keselamatan Pelbagai simbol digunakan di dalam Panduan Pengguna ini dan pada produk itu sendiri untuk memastikan penggunaan selamat, dan untuk melindungi anda dan orang lain daripada risiko kecederaan dan kerosakan bahan.
Langkah Berjaga-Jaga Pengendalian * Amaran z z z z z z z z z z Langkah Berjaga-Jaga Lokasi Pemasangan z Produk ini tidak mempunyai pelarasan sudut putaran. Setelah melaraskan dongakan dan sudut, jangan sekali-kali putar projektor semasa skru diketatkan. Setelah pemasangan selesai, tinggalkan semua pelarasan dongakan dan sudut kepada pakar yang berkelayakan. Pelarasan oleh orang yang bukan pakar mengakibatkan risiko pendakap dan projektor terjatuh.
Langkah Berjaga-Jaga Pengendalian Konkrit - z Apabila melakukan lekapan pada dinding konkrit, gunakan komponen sesuai (nat, bolt M10, dsb) untuk menyokong berat projektor dan pendakap, dan untuk mencegah goyangan secara lateral. Pelarasan oleh orang yang bukan pakar mengakibatkan risiko pendakap dan projektor terjatuh. z CASIO COMPUTER CO., LTD.
Mengeluarkan Semasa anda mengeluarkan produk dari kotak, periksa untuk memastikan semua item yang disenaraikan di bawah ada.
Memasang Pendakap Lekapan Dinding Langkah Berjaga-Jaga Semasa Pemasangan z Pastikan prosedur dalam manual ini diikuti untuk memastikan kerja pemasangan dilakukan dengan betul. Pastikan skru, komponen logam, dan semua komponen lain dipasang dengan kemas. z Periksa untuk memastikan dinding di mana pendakap akan dipasang boleh menampung berat pendakap, dan aturkan perancangan pemasangan dan kerja pemasangan. z Sebelum memulakan kerja pemasangan, pastikan projektor dimatikan dan kord kuasa tidak terpasang.
Memasang Pendakap Lekapan Dinding 2. Pasang plat pengukuh dinding. 1. Merujuk kepada “Saiz Skrin dan Rajah Dimensi Lekapan Plat Pengukuh Dinding” (halaman MS-8), tentukan kedudukan pemasangan. 2. Merujuk kepada “Menentukan Kedudukan Lubang Pemasangan Plat Pengukuh Dinding” (halaman MS-9), gerudi lubang pada dinding. 3. Gunakan bolt pengukuh untuk memasang plat pengukuh dinding.
Memasang Pendakap Lekapan Dinding Saiz Skrin dan Rajah Dimensi Lekapan Plat Pengukuh Dinding 413 308 206 Unit : mm L H1 84 333 Bahagian tengah plat pengukuh dinding 52.5 Saiz Skrin Bahagian tengah skrin tayangan Ketebalan Skrin [Seting Skrin] Nisbah Bidang : Penuh (1280 × 800) Saiz Skrin (inci) L (mm) H1 (mm) H2 (mm) 50 60 200 325 60 128 227 352 80 267 281 406 100 404 335 460 110 469 360 485 z Nilai jarak di atas hanya untuk rujukan semasa pemasangan. MS-8 H2 141 28.
Memasang Pendakap Lekapan Dinding Menentukan Kedudukan Lubang Pemasangan Plat Pengukuh Dinding 1. Jajarkan tanda-tanda pada bahagian tepi atas skrin tayangan yang dicetak pada helaian penentuan kedudukan dengan bahagian tepi atas skrin tayangan. 2. Jajarkan helaian penentuan kedudukan dengan bahagian tengah skrin tayangan. z Pastikan bahagian tengah plat pengukuh dinding 52.5 mm ke kanan dari tengah skrin tayangan. 3. Gerudi lubang pada dinding mengikut imej pada helaian penentuan kedudukan. 2. 3. 1.
Memasang Pendakap Lekapan Dinding 3. Lekatkan unit pendakap pada plat pengukuh dinding. 1. Keluarkan skru dan kemudian keluarkan pendakap panduan kabel. 2. Hulurkan kabel melalui pendakap utama. 3. Kembalikan pendakap panduan kabel ke kedudukan asalnya dan kemaskan dengan skru. Hulurkan kabel melalui lengan. Skru Kemaskan kabel dengan pendakap panduan kabel. z Halakan kabel seperti yang ditunjukkan di atas, dan berhati-hati agar tidak merosakkannya. z Jangan cuba paksa kabel melalui lengan. 4.
Memasang Pendakap Lekapan Dinding 4. Pasang projektor. 1. Gunakan keempat-empat skru M4 × 10 (dibekalkan) untuk melekatkan plat pengukuh projektor pada unit projektor. 2. Lungsurkan projektor pada unit pendakap supaya ia tercangkuk pada bolt bahu. 3. Sisipkan kedua-dua skru pengikat M5 × 10 (dibekalkan) dan ketatkan.
Memasang Pendakap Lekapan Dinding 5. Pasangkan wayar keselamatan. 1. Cangkukkan wayar pada cangkuk projektor seperti ditunjukkan dalam ilustrasi. 2. Gunakan skru sesendal kunci berkembar M5 × 10 untuk memasang wayar dengan kemas pada pendakap utama. Skru 6. Sambungkan kabel. 1. Merujuk kepada dokumentasi pengguna projektor, sambungkan kabel yang anda halakan dalam langkah 3-1 prosedur di atas.
Melaraskan Kedudukan, Dongakan, dan Sudut + z Sokong projektor dengan kemas dari bawah apabila melaraskan dongakan dan/atau sudut. Setelah pelarasan selesai, ketatkan semula semua skru. Pemasangan oleh orang yang bukan pakar mengakibatkan risiko pendakap dan projektor terjatuh dan masalah lain. Langkah Berjaga-jaga semasa Melaraskan Skrin Tayangan z Tayang ke skrin jenis papan atau permukaan rata dan leper lain yang sesuai.
Melaraskan Kedudukan, Dongakan, dan Sudut Lakukan pelarasan supaya imej tayangan berada pada kedudukan yang sesuai pada skrin. z Prosedur dalam bahagian ini diterangkan dengan anggapan bahawa anda bermula daripada seting lalai kilang asal projektor. Ambil perhatian bahawa pelarasan yang diperlukan adalah berlainan jika anda telah mengubah pembetulan pepasak projektor atau tetapan lain. z Untuk maklumat tentang operasi projektor, sila lihat panduan pengguna projektor. 1.
Melaraskan Kedudukan, Dongakan, dan Sudut 1 Pelarasan saiz kawasan tayangan Julat pelarasan: 50 hingga 110 inci Longgarkan skru pelarasan, laraskan saiz imej tayangan, dan kemudian ketatkan semula skru pelarasan. Melaraskan skru: Jika skrin yang anda gunakan lebih besar daripada 60 inci, longgarkan skru ini dan tarik keluar bahagian lengan teleskop yang besar selain daripada lengan kecil.
Melaraskan Kedudukan, Dongakan, dan Sudut 3 Pelarasan sudut menegak produk Julat pelarasan: ±3° Setelah melonggarkan skru pengikat dan melakukan pelarasan dengan tombol pelarasan, ketatkan skru pengikat dengan kemas. skru pengikat Tombol pelarasan Kedudukan tengah: Lubang kiri dan kanan sama kelihatan 4 Pelarasan sudut melintang produk Julat pelarasan: ±5° Setelah melonggarkan skru pengikat dan melakukan pelarasan dengan tombol pelarasan, ketatkan skru pengikat dengan kemas.
Melaraskan Kedudukan, Dongakan, dan Sudut 5 Pelarasan kedudukan melintang kawasan tayangan Julat pelarasan: ±30mm Setelah melonggarkan skru pengikat dan melakukan pelarasan dengan tombol pelarasan, ketatkan skru pengikat dengan kemas. Skru pengikat Melaraskan tombol Kedudukan tengah: Lubang kecil di bawah slot skru pengikat menunjukkan kedudukan tengah. 6 Pelarasan sudut putaran kawasan tayangan Julat pelarasan: ±5° 1. Longgarkan skru pelarasan. 2.
Memasang Penutup z Selepas pelarasan 1 hingga 6 selesai, ketatkan skru dengan sesendal spring (skru pengikat) dengan kemas. Skru dengan sesendal spring (skru pengikat) Memasang Penutup Pasangkan penutup plat pengukuh dinding yang atas dan bawah dan penutup lengan. Penutup plat pengukuh dinding atas Penutup lengan Penutup plat pengukuh dinding bawah Memasang Penutup Plat Pengukuh Dinding Bawah 1. Jajarkan keempat-empat cangkuk pada bahagian belakang penutup dengan keempat-empat lubang pendakap. 2.
Pemeriksaan Berkala Lakukan pemeriksaan yang diterangkan di bawah sekali setahun. 1. Periksa untuk memastikan bahawa tiada satu pun skru pendakap lekapan dinding yang longgar. 2. Periksa untuk memastikan bahawa pendakap lekapan dinding, penutup, projektor, dan item lain tidak tercalar, rosak, dsb. Hubungi Apabila anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan, hubungi penjual CASIO anda.
Printed in Japan Imprimé au Japon MA1407-B