CN/JA/EN/DE/FR/ES/IT/SV/RU/PT/TR/NL/PL/FI/CS/NO/LT/TH/ID/MS/VI/TW/KO/AR Wall Mount Bracket YM-81 日本語 取扱説明書 English User’s Guide Deutsch Bedienungsanleitung Français Mode d’emploi Español Nederlands Italiano Svenska Português Suomi Norsk http://world.casio.
Pendakap Lekapan Dinding YM-81 Panduan Pengguna z Pastikan anda menyimpan semua dokumentasi pengguna dengan selamat untuk rujukan pada masa hadapan. z Bagi mendapatkan versi terkini manual ini, kunjungi laman web di URL di bawah. http://world.casio.com/manual/projector/ Kandungan Langkah-Langkah Keselamatan ............ MS-2 Memasang Penutup .............................. MS-25 Langkah Berjaga-Jaga Pengendalian ... MS-3 Pemeriksaan Berkala............................ MS-27 Mengeluarkan ................
Langkah-Langkah Keselamatan Terima kasih kerana memilih produk CASIO ini. Pastikan anda membaca “Langkah-Langkah Keselamatan” ini sebelum menggunakannya. Setelah membaca Panduan Pengguna ini, simpan di tempat selamat untuk rujukan pada masa hadapan. Keterangan tentang simbol keselamatan Pelbagai simbol digunakan di dalam Panduan Pengguna ini dan pada produk itu sendiri untuk memastikan penggunaan selamat, dan untuk melindungi anda dan orang lain daripada risiko kecederaan dan kerosakan bahan.
Langkah Berjaga-Jaga Pengendalian * Amaran z z z z z z z z z z z Produk ini tidak mempunyai pelarasan sudut putaran. Setelah melaraskan dongakan dan sudut, jangan sekali-kali putar projektor semasa skru diketatkan. Setelah pemasangan selesai, tinggalkan semua pelarasan dongakan dan sudut kepada pakar yang berkelayakan. Pelarasan oleh orang yang bukan pakar mengakibatkan risiko pendakap dan projektor terjatuh.
Langkah Berjaga-Jaga Pengendalian z Pastikan sisi tayangan projektor berada sekurang-kurangnya 6 sm dari permukaan tayangan (dinding), dan semua sisi lain berada sekurang-kurangnya 30 sm dari permukaan sekeliling. Seharusnya tidak terdapat objek lain dalam jarak yang dinyatakan di atas dari projektor. Konkrit - z Apabila melakukan lekapan pada dinding konkrit, gunakan komponen sesuai (nat, bolt M10, dsb) untuk menyokong berat projektor dan pendakap, dan untuk mencegah goyangan secara lateral.
Mengeluarkan z Semasa anda mengeluarkan produk dari kotak, periksa untuk memastikan semua item yang disenaraikan di bawah ada. z Nilai dalam tanda kurung (< >) menandakan kuantiti.
Mengeluarkan z Lampiran kedudukan <1> z Panduan Pengguna (Manual Ini) <1> Pelindung Arm <1> Skru arm M10×194mm <2> Item yang perlu anda sediakan z Bolt pengukuh (M10 - sekurang-kurangnya 8) z Pemutar skru MS-6
Memasang Pendakap Lekapan Dinding Langkah Berjaga-Jaga Semasa Pemasangan z Pastikan prosedur dalam manual ini diikuti untuk memastikan kerja pemasangan dilakukan dengan betul. Pastikan skru, komponen logam, dan semua komponen lain dipasang dengan kemas. z Periksa untuk memastikan dinding di mana pendakap akan dipasang boleh menampung berat pendakap, dan aturkan perancangan pemasangan dan kerja pemasangan. z Sebelum memulakan kerja pemasangan, pastikan projektor dimatikan dan kord kuasa tidak terpasang.
Memasang Pendakap Lekapan Dinding 4. Gunakan bolt pengukuh untuk melekatkan plat pada projektor. z Lekatkan plat pengukuh dengan selamat kepada dinding menggunakan sekurang-kurangnya lapan bolt pengukuh: sekurang-kurangnya empat untuk plat pengukuh dinding tengah dan sekurang-kurangnya dua untuk setiap plat pengukuh dinding kiri dan kanan. Penting! z Dengan projektor dipasang, produk ini beratnya lebih kurang 13 kilogram.
Memasang Pendakap Lekapan Dinding Saiz Skrin dan Rajah Dimensi Lekapan Plat Pengukuh Dinding Unit: mm Siling 502.8 (233) 161.2 H 69 43.8 141 126.1 205 205 76.4 MAX.722.1 - MIN.501.1 200 333 L Bahagian tengah plat pengukuh dinding Bahagian tengah skrin tayangan 62.
Memasang Pendakap Lekapan Dinding Menentukan Kedudukan Lubang Pemasangan Plat Pengukuh Dinding 1. Jajarkan tanda-tanda pada bahagian tepi atas skrin tayangan yang dicetak pada helaian penentuan kedudukan dengan bahagian tepi atas skrin tayangan. z Skala pada salah satu sisi helaian penentuan kedudukan menunjukkan unit millimeter. 2. Jajarkan helaian penentuan kedudukan dengan bahagian tengah skrin tayangan. z Pastikan bahagian tengah plat pengukuh dinding 62.7 mm ke kanan dari tengah skrin tayangan. 3.
Memasang Pendakap Lekapan Dinding 2. Pasangkan unit penyelaras kepada unit arm. 1. Alihkan pendakap daripada unit penyelaras. z Unit penyelaras dipek dengan pendakap yang dilekatkan. Alihkan pendakap seperti yang ditunjukkan dalam rajah. Unit penyelaras Pendakap (dengan plat pengukuh projektor) 2. Longgarkan skru kepala heks unit arm seperti ditunjukkan dalam rajah dan tarik keluar arm bahagian dalam.
Memasang Pendakap Lekapan Dinding 3. Ketatkan unit penyelaras dengan arm bahagian dalam menggunakan empat skru kepala heks M4×8mm. Penting! z Seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah, anda perlu menentukan lokasi pemasangan unit penyelaras pada arm bahagian dalam mengikut resolusi projektor (WXGA atau XGA) dan saiz tayangan yang diingini.
Memasang Pendakap Lekapan Dinding 3. Pasang unit arm pada plat pengukuh dinding. 1. Masukkan skru pelarasan menegak arm M10×152mm dalam lubang unit arm. z Sejajarkan tanda merah skru pelarasan seperti yang ditunjukkan dalam rajah. Unit arm Skru pelarasan menegak arm Tanda merah Alur 2. Sangkutkan unit arm secara sementara dengan dua skru di plat pengukuh dinding bahagian tengah. Anda tidak perlu mengetatkan skru.
Memasang Pendakap Lekapan Dinding 3. Masukkan dua skru arm M10×194mm ke dalam lubang di plat pengukuh dinding bahagian tengah dan kemudian ketatkan skru dengan sepana heks yang disediakan. 4. Ketatkan dua pelindung skru arm dengan skru kepala heks M4×8mm. Skru arm Penutup skru arm Skru kepala heks M4×8mm 5. Alihkan skru lekapan sementara yang anda gunakan untuk menggantung arm dalam langkah 2 prosedur ini dan kemudian pasangkan skru pada tempat yang betul pada sisi plat pengukuh dinding tengah.
Memasang Pendakap Lekapan Dinding 4. Pasang projektor. 1. Lekatkan plat pengukuh kepada projektor menggunakan empat skru kepala heks M4×8mm. Skru kepala heks M4×8mm Plat pengukuh projektor Pendakap Projektor 2. Luncurkan pendakap dalam unit penyelaras dan ketatkannya menggunakan skru yang dinyatakan dalam rajah. Penting! z Sila ambil perhatian bahawa anda perlu menggunakan tiga skru kepala bulat M5×8mm dan satu skru kepala heks M4×8mm untuk mengetatkan pendakap.
Memasang Pendakap Lekapan Dinding 5. Pasangkan wayar keselamatan. 1. Lalukan wayar keselamatan melalui arm bahagian luar bagi unit arm seperti yang ditunjukkan dalam rajah. 2. Gunakan skru kepala heks M4×8mm untuk mengetatkan wayar keselamatan kepada plat pengukuh projektor. Pendakap Plat pengukuh projektor Skru kepala heks M4×8mm Pastikan tab pada penghujung wayar keselamatan diletakkan seperti yang ditunjukkan dalam rajah sebelum mengetatkan wayar dengan skru.
Memasang Pendakap Lekapan Dinding 6. Sambungkan kabel ke projektor. 1. Lalukan kabel untuk disambung kepada projektor melalui lubang arm seperti yang ditunjukkan dalam rajah. z Jika anda mahu melalukan kabel di bahagian atas arm dan bukan di bahagian bawah, pasang penutup plat pengukuh dinding kiri dan kanan (halaman MS-26) dan kemudian lalukan kabel melalui bukaan di bahagian atas penutup. 2.
Melaraskan Kedudukan, Dongakan, dan Sudut Penting! + z Sokong projektor dengan kemas dari bawah apabila melaraskan dongakan dan/atau sudut. Setelah pelarasan selesai, ketatkan semula semua skru. Pemasangan oleh orang yang bukan pakar mengakibatkan risiko pendakap dan projektor terjatuh dan masalah lain. z Melainkan jika diarahkan sebaliknya secara spesifik, pelarasan perlu dilakukan dengan projektor pada keadaan awal keluaran kilang.
Melaraskan Kedudukan, Dongakan, dan Sudut 1. Mulakan pelarasan. 1. Hidupkan projektor. z Jika projektor berada dalam penyediaan awal keluaran kilang, ia akan menayangkan skrin biru (apabila tiada isyarat input). Tayangan corak ujian disyorkan, jika boleh. Untuk maklumat lanjut, rujuk Panduan Pengguna projektor. Penting! z Jauhkan tangan anda daripada kawasan sekitar bolong ekzos projektor semasa projektor dihidupkan. Lokasi bolong ekzos bergantung pada model projektor.
Melaraskan Kedudukan, Dongakan, dan Sudut 2. Laraskan imej tayangan. Semasa mengawasi imej tayangan, buat pelarasan seperti yang disenaraikan di bawah.
Melaraskan Kedudukan, Dongakan, dan Sudut 1 Pelarasan saiz imej tayangan Julat pelarasan: WXGA: 60 hingga 110 inci XGA: 50 hingga 90 inci 1. Luncurkan arm ke hadapan atau ke belakang untuk melaraskan saiz imej tayangan. z Semasa memeriksa skala berkenaan pada sisi unit arm, luncurkan arm ke hadapan atau ke belakang.
Melaraskan Kedudukan, Dongakan, dan Sudut 2 Pelarasan kedudukan menegak imej tayangan Julat pelarasan: ±35 mm Gunakan sepana heks yang disertakan untuk memusingkan skru pelarasan menegak arm. z Apabila dilihat daripada bahagian bawah plat pengukuh dinding tengah, skur diputar mengikut arah jam menurunkan kedudukan arm manakala putaran lawan arah jam menaikkan arm.
Melaraskan Kedudukan, Dongakan, dan Sudut 4 Pelarasan kecondongan menegak imej tayangan Julat pelarasan: ±5° Putarkan tombol pelarasan merah. 5 Pelarasan herotan menegak imej tayangan Julat pelarasan: ±5° Putarkan tombol pelarasan biru. 6 Pelarasan herotan melintang imej tayangan Julat pelarasan: ±5° Putarkan tombol pelarasan hijau.
Melaraskan Kedudukan, Dongakan, dan Sudut 3. Lengkapkan prosedur pelarasan. Ketatkan lima skru dengan selamat seperti yang ditunjukkan di bawah. z Gunakan sepana heks yang disertakan untuk mengetatkan Skru (4).
Memasang Penutup 1. Lekatkan penutup arm pada hujung unit arm. z Tekan penutup arm sehingga tab pada sisi belah kiri dan kanan bersentuhan dengan lubang pada mana-mana sisi arm bahagian dalam. Arm bahagian dalam Penutup arm 2. Lekatkan penutup kabel kepada projektor. z Bagi maklumat tentang melekatkan penutup kabel kepada projektor, rujuk kepada Panduan Pengguna projektor. 3. Ketatkan penutup plat pengukuh dinding tengah kepada bahagian bawah arm dengan dua skru kepala heks M4×8mm.
Memasang Penutup 4. Lekatkan penutup plat pengukuh dinding kiri dan kanan. z Seperti yang ditunjukkan dalam rajah, lekatkan penutup di bahagian kanan terlebih dahulu, kemudian penutup di bahagian kiri. Penutup plat pengukuh dinding kiri Penutup plat pengukuh dinding kanan 5. Pasangkan skru M4×20mm dalam lubang skru pada bahagian bawah penutup plat pengukuh dinding kiri dan kanan dan ketatkannya agar penutup tersemat kemas.
Pemeriksaan Berkala Lakukan pemeriksaan yang diterangkan di bawah sekali setahun. 1. Periksa untuk memastikan bahawa tiada satu pun skru pendakap lekapan dinding yang longgar. 2. Periksa untuk memastikan bahawa pendakap lekapan dinding, penutup, projektor, dan item lain tidak tercalar, rosak, dsb. Hubungi Apabila anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan, hubungi penjual CASIO anda.
MA1710-B