User Guide

70
PANDUAN PENGGUNA AQUA+ UNTUK KANSO® 2
Perihal panduan ini
Cochlear
Aqua+ untuk Kanso® 2 ialah penutup boleh
tutup yang boleh digunakan semula untuk memastikan
Pemproses Bunyi Cochlear Kanso 2 (nombor model: CP1150)
anda kering semasa penggunaan di dalam atau di sekitar air
(contohnya, semasa berenang atau mandi). Aqua+ dipakai
pada implan anda dengan pemproses bunyi anda tertutup di
dalamnya.
Aqua+ ini dimaksudkan untuk penggunaan oleh orang
yang menggunakan Pemproses Bunyi Kanso 2. Aqua+
harus digunakan oleh orang yang boleh menanggalkan
sendiri pemproses bunyi jika pemakaian menyebabkan
ketidakselesaan atau mereka yang boleh menyatakan
sebarang ketidakselesaan kepada ibu bapa atau penjaga
mereka sahaja.
Tali Keselamatan Nucleus
®
ialah pilihan pegangan
untuk memastikan Aqua+ anda tidak hilang dengan
menyematkannya pada pakaian anda menggunakan klip
detap kunci.
Semasa menggunakan Aqua+, anda juga boleh menggunakan
peranti berikut dengan memastikan peranti tersebut tidak
terkena air dan sentiasa kering:
telefon pintar anda (dengan Aplikasi Cochlear Nucleus
Smart)
Alat Kawalan Jauh CR310 Cochlear
Aksesori tanpa wayar Cochlear.
Ujian menunjukkan bahawa Aqua+ boleh:
digunakan pada kedalaman sehingga 3 meter selama 2
jam.
digunakan semula sehingga 50 kali tetapi ini mungkin
berbeza bergantung pada cara penggunaan anda.
Tiada kesan sampingan tidak diingini yang dilaporkan akibat
penggunaan Aqua+.