User Guide

81PANDUAN PENGGUNA AQUA+ UNTUK KANSO® 2
Amaran
Jika pemproses bunyi anda menjadi luar biasa panas,
tanggalkan pemproses bunyi dengan serta-merta
dan dapatkan nasihat daripada klinisian anda. Ibu
bapa/penjaga: Jika penerima anda menunjukkan
ketidakselesaan, periksa sama ada pemproses bunyi luar
biasa panas.
Bahagian kecil (contohnya,penutup soket, tali
keselamatan) boleh menjadi bahaya tercekik atau terjerut.
Jika anda mengalami ketegangan atau kesakitan pada
tapak implan atau merasa kerengsaan kulit yang ketara,
berhenti menggunakan pemproses bunyi anda dan
hubungi klinisian anda.
Jika anda mengalami ketegangan atau kesakitan pada
alat bantuan pegangan anda (contohnya, gogal),
longgarkannya atau gantikannya dengan alat bantuan
pegangan yang lebih besar.
Jika magnet terlalu kuat, kudis tekanan boleh bertumbuh
pada kawasan implan itu. Jika masalah ini berlaku atau
jika anda mengalami ketidakselesaan pada bahagian ini,
hubungi klinisian anda.
Simpan magnet ganti jauh daripada kad yang
mengandungi jalur magnet (contohnya, kad kredit, tiket
bas dan lain-lain).
Sebarang pengubahsuaian pada kelengkapan ini tidak
dibenarkan.
Gunakan seperti yang dimaksudkan sahaja.
Jika berlaku masalah yang tidak dijangka, laporkan kepada
klinisian anda.