User Guide

85PANDUAN PENGGUNA AQUA+ UNTUK KANSO® 2
Kejadian serius
Walaupun kejadian serius berkaitan dengan peranti perubatan
jarang berlaku, tetapi diperakui bahawa kejadian mungkin
berlaku. Sebagai sebuah organisasi, Cochlear mengakui
terdapat kemungkinan kemudaratan berlaku dan akan
memberikan respons kepada sebarang kejadian serius yang
dilaporkan.
Apakah kejadian serius?
‘Kejadian serius’ bermaksud sebarang peristiwa yang secara
langsung atau tidak langsung telah menyebabkan atau
mungkin boleh menyebabkan peristiwa yang tidak dijangka
atau tidak diingini termasuk mana-mana yang berikut:
Kematian pesakit, pengguna atau orang lain,
Kemerosotan serius pada keadaan kesihatan pesakit,
pengguna atau orang lain secara sementara atau kekal,
Ancaman kesihatan awam yang serius.
Melaporkan kejadian serius
Tiada senarai tertentu bagi peristiwa/kejadian yang dianggap
sebagai kejadian serius, walau bagaimanapun semua kejadian
serius harus dilaporkan kepada:
pejabat Cochlear tempatan anda
www.cochlear.com/intl/contact/global-offices