User guide

9
a) Pasangkan adaptor kanopi kepada bahagian dalam tiub rangka kereta sorong.
b) Untuk membuka kanopi terbalikkan prosedur ini.
c), d), e) Panjangkan kanopi dan letakkan penutup belakang kanopi ke belakang
tempat duduk.
f) Kedudukan mendatar: Letakkan penutup belakang di atas penyandar belakang
tempat duduk dan lekatkan menggunakan dua velkro di bawah.
g), h), i), Kanopi boleh dilaraskan kepada pelbagai kedudukan. Kanopi ada
pelarasan ketinggian dan fungsi pusingan ke depan. Untuk memusingkan buka zip
yang terletak di bahagian atas kanopi.
Kanopi mempunyai fungsi gear sehala untuk menghasilkan liputan penuh. Hanya
tarik bahagian depan kanopi kepada kedudukan yang diingini. Ketinggian boleh
dilaraskan dengan mudah dengan hanya menggelongsor kanopi ke atas atau ke
bawah rangka. Keseluruhan kanopi juga boleh dicondongkan ke depan. Untuk
liputan maksimum, buka zip panel tambahan pada bahagian atas kanopi dan tarik
ke depan.
j) Penutup kanopi pada bahagian belakang kereta sorong boleh digulung dan
diikat menggunakan kancing velkro, jika perlu.
15. MEMASANG KANOPI
Buka kanopi
a) Buka butang tekan yang menyambungkan alas tempat duduk dengan rangka
belakang.
b) Buka penyangkut panel susu di kiri dan kanan sebelas atas daripada adaptor.
c) Buka adaptor di sebelah kiri dan kanan di bawah tempat duduk.
d) Tarik seluruh tempat duduk kecil ke arah depan kereta sorong.
e) Untuk memasang tempat duduk kecil terbalikkan prosedur ini. Pastikan kereta
sorong tidak dibuka sepenuhnya.
16. UNTUK MEMBUKA SUB TEMPAT DUDUK LENGKAP
17. MEMASANG PENUTUP HUJAN (OPSYENAL)
Panjangkan penutup hujan di atas kereta sorong seperti dalam gambar.
Untuk memasang penutup hujan ketatkan kepingan velkro din sekeliling rangka di
bahagian atas dan bawah kedua-dua sisi kereta sorong.
PELUPUSAN
Apabila anda selesai menggunakan CYBEX CALLISTO, pelupusan yang sewajarnya
perlu dilakukan. Pelupusan sisa mungkin berbeza di setiap negara. Sila hubungi
syarikat pengurusan sisa tempatan anda untuk memastikan anda mengambil langkah
yang wajar dalam melupuskan CYBEX CALLISTO. Sentiasa ikut peraturan pelupusan
negara anda.
JAMINAN
Jaminan berikut terpakai hanya di negara di mana produk ini mula-mula dijual oleh
peruncit kepada pelanggan. Jaminan meliputi semua kerosakan pembuatan dan
bahan, yang sedia ada dan muncul, pada tarikh pembelian atau muncul dalam
tempoh dua (2) tahun selepas tarikh pembelian daripada peruncit yang mula-
mula menjual produk kepada pengguna (jaminan pembuat). Sekiranya kerosakan
pembuatan atau bahan muncul, kami akan - mengikut budi bicara kami - sama
ada membaiki produk secara percuma atau menggantikannya dengan produk
yang baharu. Untuk mendapatkan jaminan ini, adalah perlu untuk mengambil atau
menghantar produk kepada peruncit, yang mula-mula menjual produk ini kepada
pelanggan dan menyerahkan bukti pembelian asal (resit jualan atau invois) yang
mengandungi tarikh pembelian, nama peruncit dan jenis gelaran produk ini. Jaminan
ini tidak terpakai sekiranya produk ini diambil atau dihantar kepada pembuat atau
mana-mana orang lain selain daripada peruncit yang mula-mula menjual produk
ini kepada pengguna. Sila periksa produk berkaitan kesempurnaan dan kerosakan
pembuatan atau bahan dengan segera pada tarikh pembelian, atau sekiranya
produk dibeli dengan jualan jarak jauh, sebaik sahaja selepas penerimaan. Sekiranya
rosak, berhenti menggunakan produk dan hantar atau kirimkan segera kepada
peruncit yang mula-mula menjualnya. Dalam kes jaminan, produk perlu dipulangkan
dalam keadaan bersih dan lengkap. Sebelum menghubungi peruncit, sila baca
manual arahan ini dengan teliti. Jaminan ini tidak melindungi sebarang kerosakan
akibat salah guna, pengaruh persekitaran (air, api, kemalangan jalan raya dan
sebagainya) atau haus an lusuh yang biasa. Ia hanya terpakai dalam keadaan
penggunaan produk ini hanya mematuhi arahan pengendalian., jika ada dan
semua pengubahsuaian dan servis dilakukan oleh mereka yang layak dan hanya
komponen dan aksesori asli sahaja yang digunakan. Jaminan ini tidak mengecualikan,
mengehadkan atau memberi kesan kepada mana-mana hak berkanun pelanggan,
termasuk tuntutan tort dan tuntutan berkaitan pelanggaran kontrak, yang mana
pembeli mungkin ada terhadap penjual atau pembuat produk.
Tarik alas tempat duduk melepasi butang pengalih tali pinggang pada tempat
duduk.
Tarik fabrik daripada tiub dasar tempat duduk.
Terbalikkan prosedur ini untuk memasang semula alas tempat duduk dan abah-
abah. Pastikan tiub tempat duduk masuk semula ke dalam poket sebelah dalam
alas tempat duduk.