User manual

Maklumat keselamatan penting
Amaran-amaran ini diberi demi menjaga keselamatan. Anda MESTI membacanya dengan teliti sebelum
memasangkan atau menggunakan mesin.
Pemasangan
Keselamatan umum
Apa-apa kerja elektrik untuk memasang mesin ini
harus dilakukan oleh juruelektrik bertauliah atau
orang yang berkelayakan.
Hati-hati supaya mesin tidak ditindihkan di atas
kabel bekalan elektrik.
Jika mesin diletakkan di atas lantai permaidani,
laraskan kakinya supaya udara bebas beredar.
Mesin pengering ini dimaksudkan untuk
disediakan bolong udara terus ke udara terbuka.
Mesin ini harus ada sistem edaran udara sendiri
yang tidak dihubungkan dengan mana-mana
sistem edaran udara yang dipasang pada mana-
mana perkakas lain.
Mesin ini direka untuk kegunaan di rumah sahaja.
Jika mesin digunakan untuk tujuan lain atau jika
tidak digunakan dengan betul, pihak pengeluar
tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerosakan
yang mungkin berlaku.
Mesin hendaklah dicabut plagnya setelah
digunakan.
Pakaian yang masih basah menitis jangan
dimasukkan ke dalam mesin pengering ini.
Bahaya ledakan: Jangan keringkan bahan
pakaian yang terkena bahan pelarut mudah
menyala (petrol, spirit bermetil, bahan pencuci
kering dan sebagainya). Bahan-bahan tersebut
mudah meruap sehingga boleh menyebabkan
ledakan. Keringkan pakaian yang dibasuh dengan
air sahaja.
Harap pastikan tidak ada pemetik api gas
tertinggal dalam saku pakaian yang hendak
dikeringkan dalam mesin ini.
Biarkan pintu renggang sedikit apabila mesin tidak
digunakan. Dengan cara ini, getah pengedap pintu
dapat dijaga kesempurnaannya.
Bersihkan turas serabut selepas menggunakan
mesin. Demi menghindari risiko kebakaran,
jangan gunakan mesin jika turas serabut rosak.
Jangan biarkan serabut bertimbun di sekeliling
mesin.
Jangan ubah spesifikasi atau cuba ubahsuai mesin ini
dengan apa cara pun kerana ini adalah berbahaya.
Jangan sekali-kali cuba membaikpulih mesin ini
sendiri. Kerja baikpulih jika dilakukan oleh orang yang
tidak berpengalaman boleh menyebabkan kecederaan
atau kerosakan serius. Harap hubungi Pusat Servis
Electrolux setempat anda. Pastikan anda
menggunakan barang ganti Electrolux yang asli
sahaja.
Kanak-kanak sering kali tidak sedar betapa bahayanya
alat-alat elektrik. Semasa mesin sedang beroperasi,
kanak-kanak harus diperhatikan baik-baik dan tidak
dibiarkan bermain dengan mesin.
Bahan bungkusan komponen (misalnya karung plastik,
bahan polistirena) boleh membahayakan kanak-kanak
– bahaya lemas! Simpan jauh dari jangkauan kanak-
kanak.
Jangan biarkan kanak-kanak atau haiwan peliharaan
memanjat masuk ke dalam dram.
Apabila mesin hendak dibuang, potong kabel bekalan
elektrik dan musnahkan plag pada kabel yang
tertinggal. Rosakkan kancing pintu supaya kanak-
kanak tidak terperangkap di dalam apabila bermain.
Keselamatan kanak-kanak
Penggunaan
32