User manual

Penggunaan
Panel kawalan
1 Carta Atur Cara
Carta ini membantu anda memilih tempoh yang
betul untuk mengeringkan pakaian.
4 Lampu Sesalur- HIDUP
Lampu ini menyala apabila mesin dihidupkan dan
akan padam apabila atur cara tamat.
5
D
a
il
P
em
ilih
an
T
empo
h
P
enger
i
ngan
Dail pemilihan merangkumi dua kitaran pengeringan, satu
hingga 150 minit pada suhu tinggi, untuk kain kapas dan linen,
dan yang satu lagi hingga 100 minit pada suhu rendah, untuk
kain sintetik.
Bagi menetapkan tempoh pengeringan, putar dail ikut arah jam
sehingga tempoh yang diingini betul-betul bertemu dengan
penunjuk.
JANGAN SEKALI-KALI
cuba memutar dail arah lawan jam.
Apabila memilih tempoh pengeringan, jangan lupa bahawa
tempoh pengeringan itu termasuk fasa penyejukan selama 10
minit (kedudukan pada dail).
Fasa ini jangan dipendekkan, dihentikan atau dielakkan kerana
ini boleh menyebabkan kulit melecur dan kerosakan pada
pakaian.
Pengeringan tambahan
Jika pada akhir atur cara pakaian masih terlalu lembap,
tetapkan tempoh pengeringan sekali lagi (jangan lupa
memperhitungkan tempoh penyejukan).
3 Putaran sejuk
Tekan butang ini untuk memberhentikan sumber
haba.Ini amat berguna untuk menyegarkan pakaian
dan menghilang bau (contoh untuk menanggalkan
bau hapak ubat gegat). Pilih tempoh maksimum
selama 20-30 minit.
2 Butang Suhu Rendah
Tekan butang ini jika anda ingin mengurangkan suhu
apabila mengeringkan pakaian kain kapas atau linen
yang amat halus. Jika anda memilih suhu rendah,
pilih tempoh pengeringan yang panjang. Bagi atur
cara kain sintetik, suhu dikurangkan secara
automatik, jadi anda tidak perlu menekan butang ini.
38
mains on
123 4 5