User manual

7. PENJAGAAN DAN PEMBERSIHAN
AMARAN
Rujuk bab Keselamatan.
7.1 Amaran umum
AWAS
Cabut palam sebelum
melakukan sebarang operasi
penyelenggaraan.
Perkakas ini mengandungi
hidrokarbon dalam unit
penyejukannya; oleh itu,
penyelenggaran dan
pengecasan semula perlu
hanya dilakukan oleh
juruteknik yang sah.
Aksesori dan bahagian
perkakas tidak sesuai untuk
dicuci dalam pencuci
pinggan-mangkuk.
7.2 Pembersihan berkala
AWAS
Jangan tarik, alih atau
rosakkan mana-mana paip
dan/atau kabel di dalam
kabinet.
AWAS
Sila berhati-hati agar tidak
merosakkan sistem
penyejukan.
AWAS
Semasa anda mengalih
kabinet, angkat ia melalui
hujung depan untuk
mengelakkan daripada
mencalarkan lantai.
Peralatan perlu dibersihkan dengan
kerap:
1. Bersihkan bahagian dalam dan
aksesori dengan air suam dan sedikit
sabun neutral.
2. Periksa dengan kerap pengunci pintu
dan lap dengan bersih untuk
memastikan ia bersih dan bebas
daripada habuk.
3. Bilas dan keringkan.
4. Jika boleh dicapai, bersihkan
kondenser dan pemampat di
belakang peralatan menggunakan
berus.
Operasi ini akan meningkatkan
prestasi peralatan dan menjimatkan
penggunaan elektrik.
7.3 Menyahfros peti sejuk
Fros secara automatik disingkirkan
daripada penyejat bagi ruang peti sejuk
setiap kali pemampat motor berhenti,
sewaktu penggunaan normal. Air
nyahfros mengalir keluar melalui palung
ke dalam bekas khas di belakang
perkakas, pada pemampat motor, di
mana ia menyejat.
Lubang saluran air nyahfros yang
terletak di bawah laci salad perlu dicuci
sekali-sekala untuk menghalang air
terlebih mengalir dan menitis ke atas
makanan di dalamnya. Guna pencuci
khas yang disediakan (P), yang anda
akan dapati sudah dimasukkan ke dalam
lubang saluran.
PF
www.electrolux.com22